suria

Noorkhiriah paling takut pujian, hanya minta doa urusan bantu urus jenazah percuma dipermudahkan

Khiriah takut menerima pujian.

PELAKON Noorkhiriah meminta orang ramai tidak memberi kata-kata pujian terhadapnya susulan menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada masyarakat.

Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, berkata, dia berasa takut dengan pujian diberikan kerana hanya bertindak menwar-warkan tentang perkhidmatan yang dibuat Pertubuhan Amal Nur by Khiriah di media sosial.

Sebaliknya kata pelakon drama Nur itu, semua urusan sekiranya berlaku kematian ia diuruskan oleh pasukannya dan suami, Azfaizul Ahtan.

noor1 - 1

Khiriah ikhlas memberikan bantuan pengurusan jenazah secara percuma.

"Assalamualaikum. Kadang-kadang terbit serba salah bila tiap kali saya muat naik tentang pengurusan jenazah, mohon jangan dipuji usaha ini.

"Semua urusan ini dilakukan oleh suami dan pasukan saya. Tugas saya hanya menwar-warkan saja sebab mungkin belum ada yang tahu tentang pertubuhan ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau setakat senyum pun cukuplah" - Noorkhiriah tegur sikap pelakon tiada adab, minta tanam rasa hormat dalam diri

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal ditunggang tiba-tiba pecut langgar kereta, Noorkhiriah alami lebam dan tisu koyak

Noorkhiriah berkongsi mengenai kegusarannya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Sebelum itu, Noorkhiriah turut memuat naik video pasukannya menguruskan jenazah seorang lelaki berusia 72 tahun yang meninggal dunia pada pagi Ahad.

Dalam pada itu, pelakon itu juga memaklumkan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah yang dilakukan pertubuhan itu adalah percuma tanpa sebarang bayaran.

Katanya, memang sudah menjadi niatnya dan suami ketika mula-mula mengambil keputusan menubuhkan pertubuhan tersebut.

Bagaimanapun kata Noorkhiriah, dia bersyukur kerana sikap pemurah rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan dapat membuatkan pertubuhan itu mampu pergi sejauh ini.

khiriah2 - 1

Khiriah berterima kasih dengan sumbangan masyarakat.

"Mungkin ada yang belum tahu kami buat ini semua secara percuma. Tak perlu bayar waima sepuluh sen pun.

"Itu memang niat saya dan suami masa mula-mula tubuhkan pertubuhan ini. Tapi syukur rakyat Malaysia berhati mulia dengan sumbangan kalian saya mampu pergi sejauh ini.

"Saya perlukan doa semoga dipermudahkan Allah, bukan pujian ya dik. Saya takut," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain