suria

Mudah penat sampai terpaksa tidur duduk... Sudah dua tahun Renggo derita jantung bengkak

Renggo masih mampu membuat persembahan nyanyian.

KELUAR masuk hospital sejak dua tahun lalu, vokalis kumpulan Arrow, Renggo berkongsi keadaan kesihatan yang dialaminya.

Renggo atau Mohd Zain Ramli, 54, memberitahu dia mengalami masalah jantung bengkak selepas menerima suntikan kedua vaksin Covid-19 dua tahun lalu.

Disahkan mengalamai masalah pada bahagian jantung, Renggo berkata pergerakannya kini semakin terbatas.

renggo2 - 1

Renggo kini mempunyai masalah kesihatan jantung.

"Sebenarnya saya ada masalah jantung bengkak sejak dua tahun lebih ni. Perkara ini terjadi lepas daripada saya dapatkan suntikan vaksin kali kedua.

"Sakit ini berlaku tanpa saya sedar. Dia 'makan' sikit demi sikit. Pergerakan saya menjadi perlahan, tenaga pun dah tak kuat macam dulu lagi," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada hikmah Nabila Razali tak kenal... Renggo (Arrow) syukur terima banyak 'job' menyanyi, tidak lagi tebar roti canai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jelajah 90 Suria' satukan Nabila Razali dan Renggo (Arrow)... Akui belum jumpa 'chemistry' tapi tak tolak muncul lagu duet

Hampir dua tahun menanggung sakit, penyanyi lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah ini memberitahu dia terpaksa tidur secara duduk bagi membolehkannya bernafas dengan baik.

"Selama dua tahun ini saya tidur tidak selesa dan lebih kerap tidur secara duduk barulah dapat bernafas dengan baik.

"Ada masanya rasa okay, bolehlah saya baring macam biasa. Tetapi jaranglah sebab kebanyakannya saya tidur duduk.

Sakit ini berlaku tanpa saya sedar. Dia 'makan' sikit demi sikit. Pergerakan saya menjadi perlahan, tenaga pun dah tak kuat macam dulu lagi.

RENGGO

PENYANYI

"Tidur tu mesti ada bantal dalam tiga atau empat biji dekat bahagian belakang," ujarnya.

Meskipun mengalami masalah kesihatan, Renggo tetap meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi disebabkan ia merupakan sumber pencarian utama buat keluarganya.

"Kita rasa macam penat sangat bila menyanyi macam kita pergi berlari. Kepenatan di jantung membuatkan kita jadi cepat penat.

"Tapi saya sudah lama menyanyi, jadi saya tahu bagaimana cara untuk terus menyanyi tanpa orang ramai tahu kondisi sebenar saya.

"Jemputan menyanyi memang kerap saya terima. Lepas raya ni pun ada beberapa job yang sudah confirm," jelasnya.

Tambah penyanyi itu lagi, dia berharap pihak penganjur tidak teragak-agak untuk memberikan tawaran nyanyian buatnya kerana bimbang dengan faktor kesihatan.

Kata Renggo, dia juga kini banyak mula pemakanan kerana dinasihatkan doktor untuk berpantang.

renggo1 - 1

Renggo masih lagi aktif membuat persembahan nyanyian.

"Buat masa ini memang saya menyanyi sepenuh masa dan saya berharap tidak ada pihak penganjur yang takut untuk panggil saya menyanyi disebabkan penyakit saya ini.

"Jangan bimbang, saya tahu macam mana nak handle diri saya sebab ramai lagi yang ada sakit jantung tetapi masih boleh menyanyi.

"Selepas sakit ini, banyak pantang yang saya kena ikut termasuk tak boleh minum ais batu, makan pedas sangat pun tak boleh. Makanan berminyak sangat tak boleh, makan terlampau kenyang pun tak boleh," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain