suria

Tiada bonus cuma beri duit raya... Mila Jirin sedih dituduh tak hargai 200 pekerja

Mila sedih dituduh tak hargai pekerja sendiri.

PENYANYI dan usahawan Mila Jirin meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh sebagai majikan yang tidak menghargai pekerja gara-gara tidak memberi bonus pada hari raya lalu.

Mila atau Norsyarmila Jirin, 35, berkata meskipun tiada bonus namun dia tidak lupa memberikan duit raya kepada 200 pekerjanya itu.

"Hari ini aku sangat sedih... aku pilih untuk jadi seorang majikan. Aku selalu fikir apa lagi dapat aku bagi manfaat kepada tim.

343928323_742051480960996_6923371637403885137_n

Luahan Mila Jirin berkenaan tuduhan tak berasas.

"Bila hari ini ada satu hamba Allah fitnah aku tak hargai tim aku. Sebab aku tak bagi bonus bulan raya lepas. Bagi duit raya sahaja pada dua ratus lebih tim aku," katanya.

Mila meluahkan kekesalan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Kata Mila, pekerja sudah sedia maklum akan menerima bonus seperti yang dijanjikan namun tidak menyangka perkara itu dibangkitkan oleh individu lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pakai tudung sebab rambut rosak, Mila Jirin syukur jadi asbab tutup aurat... Minta doakan rakan artis lepas hijab

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu gembira Heliza bertemu jodoh, Mila Jirin tak kisah belanja puluhan ribu ringgit taja majlis resepsi

Jelasnya, dia tidak akan memaafkan individu berkenaan yang telah menggores hatinya dengan tuduhan tidak berasas itu.

"Pedihnya... aku tak tahu nak cakap sebab orang itu cakap macam dia dah dok sembang dengan aku tanya apa rancangan aku dengan tim pengurusan.

"Tim pengurusan dah aku maklumkan apa target dan bila bonus akan berkuatkuasa. Tapi itulah manusia, bila menulis memang untuk menyakiti hati manusia lain.

"Syabas kau berjaya tapi syabas juga sebab lagi aku tak maafkan... pergi tanya ustaz-ustaz apa kau kena buat," katanya lagi.

295858635_2733712940095603_8180401810102542013_n

Mila kongsi rezeki bersama perkerja dengan cara yang lain.

Dalam pada itu, Mila berkata suaminya cuba memujuk dirinya agar tidak bersedih dengan kata-kata individu berkenaan.

Ujarnya, dia juga berkongsi rezeki dengan pekerjanya melalui cara yang berlainan.

"Tadi suami aku tegur aku sambil aku lap air mata. Suami kata hidup kita kini bukan untuk pujian. apa kita buat bukan untuk perhatian manusia tapi perhatian Allah.

"Allah pilih aku jadi majikan. Allah pilih aku untuk jadi majikan. Sebulan Allah izinkan aku kongsi rezeki dengan tim aku setengah juta sebulan untuk gaji sahaja. Belum KWSP, SOCSO semua itu," tulisnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain