suria

[V] Rupanya sudah 3 tahun Ridzuan Hashim derita penyakit jantung, minta rahsia bimbang tiada tawaran berlakon

Dhanial akan merindui bebelan bapanya.

ANAK lelaki tunggal Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial mendedahkan bapanya itu sudah tiga tahun menderita penyakit jantung.

Dhanial, 29, bagaimanapun memberitahu arwah enggan menghebahkan mengenai penyakitnya itu kerana bimbang kehilangan tawaran lakonan yang menjadi sumber pendapatannya.

"Sebenarnya sudah tiga tahu ayah menderita penyakit jantung tetapi dia tidak mahu bercerita mengenainya kepada umum.

"Dia bimbang kalau orang tahu mengenai penyakitnya, pihak produksi tidak mahu memberinya tawaran lakonan, jadi ayah pilih untuk merahsiakannya," katanya kepada mStar.

photo1683196776 (2)

Ridzuan meninggal dunia pada pagi Khamis.

Pada pagi Khamis, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian Ridzuan atau Mohd Ridzuan Hashim, 62, akibat serangan jantung.

Allahyarham sebelum itu rebah ketika sedang bersarapan di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sepasang baju Melayu buat Ridzuan Hashim... Anak lelaki terkilan bapa tak dapat hadiri majlis perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ridzuan Hashim nampak sugul, pencilkan diri tepi tangga... Video sambut raya bersama Didie dan anak-anak jadi perhatian

Jenazah Ridzuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 16 Dusun Tua, Hulu Langat selepas solat Maghrib pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Dhanial memberitahu sejak Ridzuan disahkan menghidap penyakit berkenaan dia mengambil keputusan berpindah ke rumah bapanya itu bagi menjaganya.

Saya rasa macam belum cukup baik saya menjalankan tanggungjawab sebagai anak menjaga ayah.

MUHAMMAD DHANIAL

ANAK RIDZUAN HASHIM

Meskipun sudah melakukan yang terbaik, Dhanial berkata sebagai anak dia masih berasa tidak cukup baik dalam menjalankan tanggungjawab menjaga Allahyarham sepanjang tempoh dia sakit.

"Saya rasa macam belum cukup baik saya menjalankan tanggungjawab sebagai anak menjaga ayah," katanya dalam linangan air mata.

Sementara itu, Dhanial berkata, teguran dan bebelan Ridzuan adalah perkara yang paling akan dirinduinya selepas ini.

Dhanial

Dhanial tak dapat tahan sebak bercakap mengenai bapanya.

Ini termasuk nasihat Ridzuan yang memintanya menjaga pemakanan memandangkan sejarah keluarganya yang mempunyai masalah jantung.

"Saya pastinya akan merindukan bebelannya. Dia selalu pesan jaga makan sebab keturunan kami memang ada masalah jantung," ujarnya.

Ditanya mengenai perkahwinannya pada 20 Mei ini, Dhanial gagal menahan air mata apabila mengenangkan Allahyarham tidak dapat menghadiri majlis yang bakal diadakan di Tawau, Sabah.

photo1683196776 (1)

Ridzuan bersama bekas isteri, Didie Alias dan lima anak mereka.

"Perkara sudah nak jadi. Tidak mengapalah... dia 'tengok' dari jauh. Ayah sempat jumpa bakal menantunya tapi belum pernah bertemu keluarga di Tawau," katanya.

Allahyarham dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Didie pada tahun 1991 namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga 2002.

Selepas bercerai dengan Didie, Ridzuan tidak pernah berkahwin lain dan lebih selesa hidup menduda.

Selain Dhanial, mereka dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Nur Dhaniyah, 30, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25 dan Nur Diana, 24 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain