PELAKON Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada petang Jumaat. Suami Ayu iaitu Zaquan Adha, 35, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instastory miliknya dan meluahkan rasa kesyukuran atas kelahiran anak keenam mereka. "Alhamdulillah... Isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.25 petang. Ayu selamat lahirkan anak lelaki. "Terima kasih atas doa semua," katanya. Bagaimanapun, Zaquan tidak berkongsi wajah bayinya itu sebaliknya memuat naik beberapa momen foto ketika isterinya dimasukkan hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu mengaku hanya lulusan SPM, Ayu Raudhah cabar diri masuk bidang perniagaan ARTIKEL BERKAITAN: “Ya saya mengandung lagi!” - Bersalin anak keempat tahun lalu, Ayu Raudhah umum hamil cahaya mata kelima Untuk rekod, Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, dan Muhammad Aisy Khaliq, dan Muhammad Aisy Al Jibreel. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!