BARU minggu pertama program Big Stage musim kelima (BS5), penyanyi yang juga peserta Naufal Azrin sudah menerima kecaman netizen. Ini selepas penampilan Naufal semasa konsert pada malam Ahad dikatakan keterlaluan dan tidak sesuai dengan imej dibawa olehnya. Tidak ambil pusing kritikan netizen itu, Naufal, 24, berkata pemilihan baju yang dipakai ketika menyampaikan lagu Casablanca itu hanya sekadar memenuhi konsep persembahan malam berkenaan. Naufal mengikut konsep yang sesuai dengan persembahan. "Apa saya pakai itu hanya untuk mencantikkan konsep persembahan pada malam tersebut. Pemilihan baju tersebut juga dilakukan dengan banyak pihak. "Gaya itu sekadar untuk pertandingan sahaja. Kalau di luar, saya bukanlah begitu dan mungkin orang akan tak kenal kalau jumpa saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Naufal yang memakai sut berwarna merah pada malam tersebut mendapat kecaman ramai kerana berani memperlihatkan bahagian dadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Naufal Azrin mengaku sedang bercinta, kekasih cemburu jika rapat dengan peminat... “Saya tak sorok kalau orang nampak” ARTIKEL BERKAITAN: “Raya di KL hambar” - Naufal Azrin mahu kongsi lebih banyak duit raya Dalam masa sama pemakaian rantai juga dikatakan tidak sesuai dengan imej Naufal yang sebelum ini pernah menyanyikan lagu genre nasyid. Sementara itu, Naufal berkata dia kini mahu memberikan fokus kepada program BS5 dan tidak mahu tumpuannya terganggu dengan kecaman sebegitu. Apa saya pakai itu hanya untuk mencantikkan konsep persembahan pada malam tersebut. Pemilihan baju tersebut juga dilakukan dengan banyak pihak NAUFAL AZRIN PENYANYI Naufal juga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam perancangan soal konsep persembahan pada setiap minggu. "Lebih baik saya tidak membaca komen-komen itu. Mereka tidak berada di tempat saya dan sebab itu mereka tidak faham apa yang berlaku. "Mulut orang susah nak tutup. Jadi biarkan sahaja. Saya kini lebih fokus untuk persembahan minggu seterusnya," ujarnya. Naufal tidak mahu fokus di BS5 terganggu. Sementara itu bercakap tentang persembahan pada minggu pertama BS5, Naufal berpuas hati dan berjanji akan memberikan lebih baik untuk lagu Generasiku (nyanyian OAG) dalam minggu kedua. "Syukur apa yang saya rancang untuk minggu pertama menjadi. Konsert seterusnya adalah lagu rancak dan saya akan tampil dengan konsep berbeza," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!