suria

Shariq dah jadi abang! Emma Maembong selamat timang bayi lelaki

Shazli dan Emma bersama anak kedua mereka.

PELAKON Emma Maembong selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Berita gembira berkenaan dikongsi suami pelakon berkenaan iaitu Muhammad Shazli Azhar, 35, di Instagram miliknya.

Muhammad Shazli memaklumkan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, bersalin secara normal dan anak kedua mereka itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

"Alhamdulillah Emma, kita dapat seorang lagi bayi lelaki seberat 3.4 kilogram. Bersalin secara normal, Allah Maha Besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong bakal timang anak lelaki lagi, tapi Chacha pula terlebih ‘excited’ sampai bergegar video

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dan suami beri ‘duit raya’ iPhone buat dua pembantu rumah

"Shariq Gabriel sudah jadi abang sekarang," katanya.

Muhammad Shazril turut berkongsi video memperlihatkan Emma sedang memangku bayinya itu sambil diperhatikan olehnya.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain