suria

Teruk DC Willie kena kecam pakai crop top, mengaku suka gaya pelik dan feminin... ibu jadi inspirasi dalam berfesyen

Willie yakin dangan pemilihan gaya tersendiri.

BERANI tampil berbeza, penyanyi rap DC Willie tidak kisah dengan kecaman peminat yang mengkritik pemilihan gayanya seperti seorang wanita.

Kata Willie atau Wan Qhail Harith Ahmad Nawawi, 25, ibunya sendiri antara orang yang banyak mempengaruhi dalam pemilihan gaya seperti mana penampilannya hari ini.

Bahkan penyanyi ini mempunyai koleksi baju rekaan sendiri termasuk aksesori yang diilhamkan daripada pemerhatian sekeliling.

dc willie 2

Gaya pelik Willie dikecam ramai.

“Saya suka pakai sesuatu yang jarang dipakai oleh lelaki. Kalau pakaian itu nampak pelik, lagilah saya suka.

“Sekarang ini, saya ada koleksi pakaian dan aksesori yang ditempah atau dibuat sendiri seperti skirt, jeans, rompi, jaket, topeng, headgear dan macam-macam lagi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan senang peserta ‘Big Stage’ Hoondoo nak nyanyi lagu bahasa Melayu... Tertarik selepas tonton video Aina Abdul

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai rantai, baju tayang bulu dada... Naufal Azrin sekadar ikut konsep persembahan, tak baca komen netizen

Fesyen Willie ketika membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini menerima kecaman hebat netizen apabila dia mengenakan baju singkat dan dilihat lebih feminin.

Bercakap tentang pemilihan gaya, Willie memberitahu dia mempunyai citasara sendiri dan pastinya setiap gaya perlu sesuai dengan acara yang dihadiri.

Saya suka pakai sesuatu yang jarang dipakai oleh lelaki. Kalau pakaian itu nampak pelik, lagilah saya suka

DC WILLIE

PENYANYI

“Saya gemar pakai baju yang santai untuk pakaian harian. Kalau untuk ke majlis atau persembahan pentas, saya akan pilih gaya yang nampak elegan dan mewah.

“Tapi tak bermaksud mahal. Saya akan pilih dan padan daripada koleksi pakaian yang sedia ada mengikut kreativiti dan cita rasa,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Willie berharap karya ciptaannya akan dapat diterima oleh peminat arus perdana selepas lebih tujuh tahun membuat persembahan secara underground.

dc willie 1

Willie harap dikenali dalam arus muzik perdana.

“Kini, dah tujuh tahun saya berkecimpung sebagai pejuang muzik hip hop dan sudah banyak membuat persembahan di merata-rata tempat secara indie.

“Rasanya sudah tiba masa untuk saya meneroka dan beralih pula ke muzik arus perdana agar karier nyanyian lebih berkembang,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain