suria

Anak sulung minta Lan Solo berhenti jadi artis... tak tahan jadi sasaran kecaman, semua benda salah di mata netizen

Sheila kesal anaknya sering menerima kecaman netizen.

ISTERI kepada penyanyi Lan Solo berkongsi rasa sedih apabila mengenangkan nasib anak sulungnya iaitu Nur Amna Qaleesya yang sering menerima kecaman netizen meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Nur Sheila Hassim berkata, hanya kerana Amna, 11, anak seorang selebriti semua yang dilakukannya tidak kena di mata orang ramai.

Jelasnya anak perempuannya itu terlalu kecil untuk faham dan berdepan dengan situasi tersebut malah sudah banyak mengorbankan masa kecilnya dengan perkara negatif.

"Dia banyak korbankan masa kanak-kanak dengan kecaman. Dia terlalu kecil untuk berdepan dengan dunia kecaman.

lan1 - 1

Luahan Sheila di Instastory.

"Kasihan sebenarnya, dia enjoy sikit pun salah di mata netizen. Dia menari pun salah. Serba-serbi salah hanya kerana dia anak selebriti," katanya.

Sheila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya bagi menjawab pertanyaan diberikan oleh pengikutnya.

Dalam pada itu, Sheila mendedahkan Amna pernah hampir berputus asa dengan apa dilaluinya sehingga meminta bapanya iaitu Lan untuk tidak menjadi seorang artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Berderau darah Lan Solo dapat berita telinga anak lelaki koyak, jatuh terkena bucu kabinet televisyen

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Lan Solo alami sesak nafas, doktor sahkan ada habuk pada saluran darah... Terima bantuan pernafasan

"Sampai satu tahap dia putus asa dengan hidup dia. Sampai dia pernah cakap boleh tak Daddy tak perlu jadi artis? Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah kena kecam.

"Sedangkan kawan-kawan anak saya juga main TikTok, menari juga, mengaji juga. Korang faham kan?," ujarnya.

Sheila bagaimanapun tertanya-tanya adakah netizen tidak pernah mengalami zaman kanak-kanak sehingga tidak pernah memahami situasi yang dialami oleh Amna.

Pun begitu, Sheila bersyukur kerana mempunyai sahabat iaitu Syura dan Fiza Halim yang sentiasa memberikan semangat buat Amna untuk tetap terus meneruskan minatnya.

lan2 - 1

Sheila mahu anak-anaknya membesar seperti kanak-kanak lain.

"Kadang saya pun tertanya-tanya netizen ni tak pernah kecil ke? Tak pernah lalui zaman kanak-kanak ke? Main kahwin-kahwin, main masak-masak guna daun.

"Dulu tak pernah pakai seluar pendek ke masa kecil-kecil? Tapi nasib baik Mama Syura dan Aunty Fiza selalu bagi dia semangat untuk teruskan minat dia," katanya.

Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.

Selain Amna, pasangan itu turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qeesyara, 8, Muhammad Akid Qassyaff, 7, dan Nur Amna Quxandra, 5.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain