GARA-GARA memuat naik foto berukuran pasport di Instagram, penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi Menjawab spekulasi tersebut, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata apa yang dikongsikan itu tiada kaitan dengan urusan pernikahan. Dia bagaimanapun meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dalam menjalani kehidupan seharian. Peminat membuat spekulasi MK bakal menamatkan zaman bujang. "Saya hanya boleh beri kenyataan... kita doakan yang baik-baik untuk semua orang. Ia sekadar perkongsian di media sosial saja sempena hari Jumaat. "Sesiapa yang membaca kapsyen dan melihat foto itu, saya doakan semuanya dipermudahkan untuk hari ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama pasang niat, MK K-Clique rancang bawa keluarga ke Tanah Suci selepas Aidilfitri ARTIKEL BERKAITAN: Foto dengan MK punya fasal, Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang - "Kalau nak menyondol tak tunjuk depan orang" "Kalau ada apa-apa saya akan beritahu nanti," katanya kepada ketika dihubungi mStar. MK sebelum itu menerusi Instagram memuat naik foto berukuran pasport dengan mengenakan songkok. Saya hanya boleh beri kenyataan... kita doakan yang baik-baik untuk semua orang. MK PENYANYI MK sempat menulis kapsyen mendoakan yang terbaik buat semua pengikut dan peminat yang telah melihat hantaran itu. Bagaimanapun, rata-rata peminat membuat spekulasi penyanyi lagu Mimpi itu ingin mengakhiri zaman bujang. "Selalu gambar macam ni nak kahwin. "Jangan cakap MK nak kahwin. Penat saya nak move in lepas satu, satu kahwin. Haha. "Sedang menghitung hari kah ini?” tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!