PENYANYI Ashmirul berkongsi pengalaman menyertai program realiti All Together Now Malaysia (ATNMY) musim pertama yang mana ketika itu dia hanya mendapat 20 markah daripada barisan juri.Menurut Ashmirul atau Amirul Ashraff Shafarudin, 22, markah rendah yang diterima itu disebabkan perasaan gementar menyanyikan lagu di hadapan barisan juri hebat. Malah, dia berasa rendah diri apabila perlu bersaing dengan peserta lain yang memiliki kemantapan vokal.Ashmirul mula menyanyi sejak dibangku sekolah."Pengalaman yang saya dapat masa masuk ATNMY tu, saya ingat saya memang boleh menyanyi tapi bila saya masuk bertanding dan dengar semua peserta menyanyi... power betul mereka."Saya dapat markah 20 saya sewaktu menyanyikan lagu Kau Bunga Cinta nyanyian Anuar Zain. Saya tidak menafikan 20 markah yang saya dapat itu kerana saya gementar," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Ashmirul berkongsi salah seorang juri iaitu Datuk AC Mizal memberitahu dia mengharapkan persembahan yang lebih baik memandangkan penyanyi itu merupakan graduan muzik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel seronok tengok kemunculan ramai bakat baharu, tidak pernah anggap diri sudah seniorARTIKEL BERKAITAN: Peserta ATNM biadab kena 'sekolah' dengan Catriona Ross, Syafinaz pun sempat menyelit... "Cantik sikit bahasa kita ya adik""Waktu itu juri Datuk AC Mizal tanya saya masih study ke dan saya menjawab saya seorang pelajar muzik major dalam vokal."Bila selesai rakaman, Datuk AC jumpa saya dan berkata sebenarnya juri-juri mengharapkan lebih daripada saya kerana mempunyai background dalam bidang muzik."Saya pun terfikir walaupun saya belajar muzik, saya masih tidak dapat bersaing dengan peserta-peserta yang lain," ujarnya. Saya ingat saya memang boleh menyanyi tapi bila saya masuk bertanding dan dengar semua peserta menyanyi, power betul mereka.ASHMIRULPENYANYISementara itu, Ashmirul juga berkongsi cintanya dalam bidang nyanyian begitu mendalam sehinggakan dia tidak kisah dibayar rendah asalkan dapat memenuhi minatnya itu.Menurut penyanyi itu, dia pernah bekerja di sebuah bank dan kedai kasut tetapi hanya bertahan selama seminggu kerana tiada minat."Saya pernah bekerja sebagai telemarketing di sebuah bank tetapi hanya bertahan seminggu. Selepas itu, bekerja di kedai kasut, lepas tiga hari hantar surat berhenti."Waktu itu saya sedar saya tidak berminat dengan pekerjaan seperti itu dan mula mengambil tawaran menyanyi."Saya pernah menyanyi dalam satu majlis dan tidak dibayar tetapi saya gembira dengan apa yang saya buat."Saya juga pernah menyanyi 10 lagu hanya dapat bayaran sebanyak RM200, tapi saya okay," katanya.Dalam perkembangan lain, Ashmirul baharu sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Tunggu yang mengangkat tema tentang kesihatan mental."Idea video muzik lagu Tunggu adalah daripada saya sendiri dan kisah yang diceritakan dalam video muzik itu bukan kisah sebenar mengenai saya, tetapi hanya adaptasi daripada orang lain."Saya mahu orang ramai menonton video muzik ini untuk memberi kesedaran tentang isu kesihatan mental yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita," ujarnya.Ashmirul mahu sampaikan mesej tentang kesihatan mental.Jom kenali bakat baharu ini dengan lebih dekat dan berikut merupakan lima perkara menarik tentang Ashmirul.1. Ashmirul merupakan graduan Diploma Muzik major Vokal di INTECT Education College, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seksyen 17, Shah Alam.2. Pernah menyertai banyak uji bakat nyanyian dan terpilih menjadi peserta program realiti All Together Now Malaysia (ATNMY) musim pertama.3. Pernah kerja di sebuah bank sebagai telemarketing dan kedai kasut tetapi hanya bertahan selama seminggu kerana tiada minat.4. Pernah mengambil tawaran menyanyi dan hanya dibayar sebanyak RM200 untuk menyanyikan 10 buah lagu.5. Suka memasak tetapi mengaku tidak pandai masak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!