PELAKON Syafi Tee mengambil keputusan berpindah dari rumah keluarganya dan tinggal bersendirian selepas dihimpit beberapa kontroversi panas sebelum ini. Syafi atau Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, 30, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana mahu berdikari disebabkan tidak sanggup melihat ibu bapanya bersedih dengan apa yang menimpanya. "Kontroversi sebelum ini membuatkan saya pilih jalan untuk keluar dan berpindah tinggal sendiri. Saya tak sanggup melihat wajah ibu bapa apabila mereka menerima presepsi buruk kerana perjalanan seni saya. Kontroversi turut memberi kesan ke atas nama baik keluarga Syafi. "Disebabkan itu juga saya ambil langkah berdiam diri. Sebenarnya setiap hari saya rasa lemah dan tertekan tapi kena kuatkan diri kerana tidak boleh mengharapkan orang lain. "Hanya Allah sahaya yang tahu perasaan saya," katanya kepada mStar. Syafi berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7 yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Syafi Tee dedah bergelut dengan anxiety, keluarga jadi penguat semangat hidup 30 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ridhuan Tee cium, peluk kekasih? Netizen syak Syafi Tee Sejak kontroversi melanda, Syafi mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sementara itu, pelakon itu juga tidak dapat menahan air matanya daripada menitis apabila mengenangkan ahli keluarga turut terkena tempias terutamanya bapanya yang juga pendakwah, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. "Perkara ini sangat menyedihkan. Saya sendiri tidak faham bagaimana ia boleh berlaku sedangkan saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Saya tidak mahu lagi menyendiri kerana itu bukan saya yang sebenar. Ia juga boleh membawa kepada tekanan dan anxiety SYAFI TEE PELAKON "Kenapalah ada orang yang sanggup buat saya begini? Tetapi apa yang telah terjadi bagaikan tiada penyelesaian. Saya reda apa yang telah berlaku," ujarnya. Kembali bangkit dari kesedihan dan tekanan, Syafi memberitahu dia kini lebih bersedia untuk berdepan dengan orang ramai. Dalam masa sama dia mahu memulakan satu langkah baharu dalam kerjaya dengan menceburi pelbagai bidang seni. Syafi kini sedia untuk teruskan kerjaya seni. "Saya tidak mahu lagi menyendiri kerana itu bukan saya yang sebenar. Ia juga boleh membawa kepada tekanan dan anxiety. "Saya sekarang lebih bersedia berdepan dengan orang ramai. Ini adalah saya yang baru," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!