suria

Kerja dah selesai tapi mana bayaran? Zulin Aziz tuntut hutang puluhan ribu ringgit... “Penat dah aku kasi muka!”

Zulin harap pihak berkenaan segera bayaran hasil kerjanya.

SEJAK kebelakangan ini, segelintir selebriti dilihat kerap meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa ada beberapa pihak gagal melunaskan bayaran mereka selepas kerja yang dijanjikan selesai.

Turut berdepan situasi sama, pelakon Zulin Aziz juga meluahkan kekesalan apabila bayaran yang sepatutnya diterima selepas berkerja tidak diperolehi seperti yang dijanjikan.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata dia juga ditipu dan letih menuntut bayaran kerja yang dijanjikan seolah-olah dirinya seorang peminta sedekah.

"Penat dah aku kasi muka! Kerja dah buat tapi bayaran mengelat nak bayar. Orang kerja pakai kudrat.

Luahan hati Zulin terhadap bayaran yang belum diterimanya.

"Kerja kemain kerah orang nak bayar buat-buat lupa. Aku malas nak cakap elok-elok dah. Penat kerja pun tak habis lagi.

"Ada yang dua bulan tak bayar-bayar, ada yang dari minggu ke minggu kepala otak dia... ada yang eh lupa, jap jap, kepala nenek dia... ada yang kena minta macam minta sedekah.

"Kita kalau mudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita. Jarang aku marah tapi aku rasa dia orang ini kalau tak cakap memang dia seronok hutang orang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz kembali berbaik dengan suami, putus asa hadapi kemelut punca berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: “Buang yang keruh, ambil yang jernih” - Zulin Aziz tampil sedondon bersama suami di pagi raya

Zulin berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin namun tidak menyebut nama mana-mana pihak yang dimaksudkan.

Dalam perkongsian yang lain pula, Zulin berkata dia mahu lebih serius membabitkan urusan kerja dan enggan lagi bertimbang rasa soal bayaran selepas ini.

Malah dia turut bertegas untuk menerima bayaran penuh sebelum melakukan sesuatu kerja yang ditawarkan.

Zulin penat dipijak gara-gara tuntut bayaran.

"Aku ini kerja kot, bukan buat amal jariah. Lepas ini aku malas dah nak deal macam ini. Nak, bayar dulu.

"Selama ini klien semua bayar 100 peratus, esok juga aku siapkan! Lepas ini nak bayar sikit-sikit ke, 50-50 ke, bulan-bulan ke, tak ada lagi. Tak ada duit tak payah cakap.

"Bukan sikit-sikit, ribu riban dia orang tak bayar. Kumpul-kumpul itu puluh ribu tau. Manalah tak sakit jiwa!

"Jadi garang salah jadi lembut pijak kepala, nak jadi apa sekarang ini. Doakanlah semoga mangkuk-mangkuk di atas dibukakan hati bayar duit aku... Amin," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain