suria

[V] Bekas peserta MLM2021 Shashic Iewan selamat bergelar suami kepada pelawak Filzah Azmi

Shashic dan Filzah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

BEKAS peserta program Maharaja Lawak Mega 2021 iaitu Shashic Iewan selamat bergelar suami kepada Filzah Azmi, 33, dengan sekali lafaz pada petang Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Azmi Ghazli dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan Titiwangsa, Kuala Lumpur Mohd Fauzi Bashah.

Majlis pernikahan tersebut diadakan di Doplohtiga Space Kuala Lumpur.

Pada majlis berkenaan Shashic atau Muhammad Noor Shashic Iewan, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 berserta tujuh dulang hantaran.

WhatsApp Image 2023-06-03 at 6.54.49 PM

Shashic menyarungkan jinjin ke jari Filzah.

Manakala Filzah yang juga seorang pelawak dan anggota kumpulan Awok turut membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, upacara pernikahan pasangan yang mengenakan busan berwarna hijau itu turut dihadiri oleh rakan-rakan pelawak berkenaan.

Dalam pada itu, Shashic berkata, dia dan Filzah sebenarnya sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tujuh tahun lalu sebelum mereka berdua menceburi bidang seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Viral video Shashic Iewan hadiah kereta untuk famili, paling sayu saat bapa tadah tangan berdoa... “Sejak kecil kami naik pengangkutan awam”

ARTIKEL BERKAITAN: Perlekeh kereta bukan kategori supercar undang padah, suami Fatin Afeefa tampil mohon maaf

"Sebelum masuk industri, saya adalah pekerja belakang tabir, tulis skrip untuk pelawak. Daripada situ kami berkenalan.

"Kami mula menjalinkan hubungan cinta pada 2016 namun saya mengambil keputusan merahsiakannya bagi mengelak kecaman tetapi dia sentiasa ada ketika susah dan senang," katanya.

Sementara itu, Filzah memberitahu masalah gagap dihadapi suaminya itu membuatkan dia tertawan hati dengan Shashic namun apa lebih penting sikap tanggungjawab yang ada pada dirinya.

"Dia baik dan seorang yang bertanggungjawab, dia pandai jaga saya... sebab itu pun ibu dan bapa saya percaya dan tak risau nak serahkan saya padanya," katanya.

WhatsApp Image 2023-06-03 at 7.01.23 PM

Pasangan ini menyerahkan soal anak kepada rezeki.

Filzah memberitahu dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan seperti mana pasangan lain, dia turut berharap perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Bercakap mengenai bulan madu, Shashic berkata, dia masih belum memikirkan soal itu memandangkan perlu meneruskan kerja yang belum selesai di Terengganu.

Manakala soal anak pula, pasangan itu sepakat menyerahkan soal rezeki pada Allah.

Untuk rekod, Shashic dan Filzah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu yang dihadiri suadara terdekat dan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain