SELEPAS kejayaan konsert yang lalu, kumpulan Sabyan kembali mengubati kerinduan peminat di Malaysia dengan menerusi konsert Alunan Puitis Cinta Ilahi pada Ogos depan. Nissa atau Khoirunnisa, 23, selaku vokalis utama Sabyan berkata, kehadirannya bukan sekadar ingin bertemu peminat tetapi ingin memperjuangkan muzik kerohanian. “Alhamdulillah kami diberikan kesempatan kali kedua mengadakan konsert di Malaysia kerana selepas persembahan sulung sebelum ini berjaya menambat hati penonton. Sabyan janji berikan yang terbaik buat peminat. "Kali ini akan menjadi konsert Sabyan yang jauh lebih meriah dari sebelumnya selain ingin memperjuangkan genre Islamik dalam kalangan penonton di Malaysia," katanya. Berkongsi mengenai pemilihan Melaka sebagai lokasi menganjurkan konsert, Nissa berkata, negeri itu antara tempat tumpuan pelancong selain ia dicadangkan oleh pihak penganjut, Paksi Jayamas Sdn Bhd. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu berkongsi kasih dengan Nissa Sabyan, isteri Ayus nekad tuntut cerai ARTIKEL BERKAITAN: Adik Ayus akui Nissa Sabyan berselingkuh dengan abangnya - “Memang benar mereka bercinta, saling mencintai satu sama lain” "Kami setuju dan difahamkan kerajaan negeri Melaka kini sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2014," jelasnya. Bukan itu sahaja, Nissa juga menjanjikan yang terbaik buat penonton sekali gus berharap agar penggemar muzik berlainan genre dapat hadir di konsert berkenaan tidak kira apa jua jenis muzik. Sabyan bertemu peminat di Melaka pada Ogos ini. "Muzik yang kami bawakan adalah untuk semua dan bersifat universal, semoga konsert nanti menjadi inspirasi yang bermanfaat buat agama Islam, bangsa dan negara,” jelasnya. Konsert Sabyan Live In Malaysia yang bertemakan Alunan Puitis Cinta Ilahi bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC) itu bakal diadakan pada 26 Ogos nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!