TIADA angin tiada ribut, penyanyi Mizz Nina mengejutkan dunia hiburan apabila memaklumkan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai Essam Muhammad.Susulan pengumuman itu, ramai tertanya-tanya berhubung identiti sebenar Essam yang dilihat bukan warganegara Malaysia selain pasangan itu dipercayai melangsungkan perkahwinan di luar negara. Menerusi carian di Google, Essam adalah seorang warganegara Amerika Syarikat yang menetap di daerah Seattle berketurunan Maghribi.Essam juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Essam juga adalah seorang penyanyi rap dan penulis lirik melancarkan kariernya pada 2016 dengan melancarkan video berjudul West Is My Home.Sejak itu, Essam banyak menerima undangan mengadakan persembahan di seluruh dunia berkongsi perjalanan hidup dan sisi kreatifnya di negara seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Switzerland dan Malaysia.Tidak hanya itu, Essam turut aktif dalam aktiviti komuniti di Seattle dengan membantu mencipta ruang untuk penyajak muda berkongsi idea dan hasil kerja mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina umum sudah berkahwin, kini isteri Essam Muhammad ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh, Mizz Nina dikhabarkan bercerai talak satuPenyanyi itu juga dilihat banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah dalam lagu selain sering diundang berkongsi pengalaman dan inspirasinya dengan komuniti Islam di serata dunia.Banyak mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan semasa dalam lagu-lagu ciptaannya, Essam pernah melancarkan dua buah album iaitu 12.12 dan Chapter20six yang turut mendapat sentuhan penerbit Petty Po pada 2020.Kecintaan Essam terhadap muzik rap dan hip hop bermula sejak dia berusia 9 tahun apabila banyak didedahkan dengan genre tersebut. Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalan hidup baru iniMIZZ NINAPENYANYIDilahirkan sebagai seorang Muslim, Islam tidak hanya menjadi sebahagian dalam seni yang dibawa tetapi ia menggerakannya untuk mencipta dan menjadi siapa dirinya hari ini."Kepercayaan saya membuatkan saya merendah diri dalam semua perkara saya lakukan. Agama adalah tujuan hidup saya," katanya menerusi temu bual bersama South Seattle Emerald.Sementara itu, Essam bukan sahaja seorang penyanyi rap malah jejak ini turut berjinak-jinak sebagai seorang pelakon menerusi filem berjudul Purple Don't Cry.Mizz Nina berkongsi berita gembira kini sudah bergelar isteri kepada Essam. Diarahkan oleh Mamoun Hassan dan ditulis oleh Boonnaa Mohammed, filem itu turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Seattle pada 1 Jun lalu.Sementara itu, Nina atau Shazrina Azman, 43, menerusi pengumuman yang dibuat di Instagram memberitahu teruja dikurniakan seorang suami yang berkongsi matlamat dalam usaha dakwah dilakukan.“Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis eposid baru dalam hidup kami dengan cukup indah.“Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalan hidup baru ini,” ujarnya.Nina juga memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resespi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup.Untuk rekod Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumukan perceraian pada 4 Ogos tahun lalu.Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!