PELAKON Uqasha Senrose sedih apabila ada segelintir pengikut di media sosial tergamak mempersoalkan dia belum memiliki cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga. Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, berkata, apa membuatkan dia terkilan apabila komen tersebut dibuat oleh kaum wanita sendiri yang tergamak menuduhnya dia mandul. "Saya tidak terlalu terkesan cuma apa membuatkan saya sedih adalah komen tersebut datangnya dari seorang wanita. "Saya sedih dengan cara percakapan individu berkenaan." katanya kepada mStar. Uqasha anggap komen tentang isu anak adalah keterlaluan. Uqasha ditemui di pentas akhir program Mega Spontan 2023 pada malam Jumaat bagi memberi sokongan kepada suami, aktor Kamal Adli yang bertindak sebagai mentor kumpulan Srivijanda. Dalam pada itu, Uqasha berkata, sebagai seorang selebriti dia faham apabila dia sentiasa menjadi perhatian dan buah mulut orang namun ada perkara yang tidak sepatutnya dibahaskan di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua kali keguguran, Uqasha Senrose tak sedar rupanya sudah mengandung ARTIKEL BERKAITAN: Belum hilang trauma suami dipukul, Uqasha Senrose kesal tiba-tiba dituduh pembuli zaman sekolah Komen tentang isu sensitif pada pandangannya sesuatu yang keterlaluan dan sebagai manusia biasa dia juga ada perasaan sedih apabila netizen mempersoalkan tentang perkara tersebut. "Agak melampau bila dia komen begitu. Tetapi biarkanlah... selagi tak jumpa secara bersemuka mereka boleh kata apa sahaja. Kamal pun selalu pesan jangan ambil kisah kata-kata orang. Kami sentiasa ikhtiar. Bukannya saya tidak pernah hamil sebelum ini. Tak perlu nak beritahu orang kami sedang berusaha. UQASHA SENROSE PELAKON "Individu yang komen itu pun tidak menggunakan akaun palsu. Selepas komen dia block selepas saya beri respons terhadap komennya," ujarnya. Berkongsi tentang perancangan ke arah memiliki cahaya mata, Uqasha sentiasa percaya pada rezeki dan ketentuan Allah. Malah dia juga tidak perlu bimbang tentang masalah kesuburan kerana sebelum ini pernah hamil namun mengalami keguguran. Kamal dan Uqasha sentiasa ikhtiar memiliki cahaya mata. "Semua itu kerja Allah. Sebagai manusia kita hanya mampu usaha sahaja. Saya pun pernah keguguran sebelum ini akibat terlalu banyak bekerja. "Kami sentiasa ikhtiar. Bukannya saya tidak pernah hamil sebelum ini. Tak perlu nak beritahu orang kami sedang berusaha," jelasnya. Untuk rekod Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!