PENYANYI Aufa Hanie mengambil tanggungjawab susulan penularan video aksi menari adik perempuannya di ruang penonton ketika pertandingan separuh akhir big Stage 2023 (BS2023) yang berlangsung pada 30 Jun lalu. Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 20, berkata, dia dan keluarga sudah menegur kekhilafan dilakukan adiknya iaitu Afrina Hanie agar tidak mengulangi perbuatan sama. "Apa yang terjadi tempoh hari saya tidak memarahinya kerana saya menganggap dia masih muda. Aufa sudah menjalankan tanggungjawab sebagai kakak. "Saya akui dia perlu ditegur tetapi saya tidak boleh menghalangnya kerana menari memang sudah menjadi minatnya sejak kecil lagi. "Sudah tentu orang mengata tapi kami sekeluarga menerima teguran itu dan saya sendiri beritahu selepas ini dia perlu tahu untuk menari ditempat yang sesuai," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perempuan bertudung menari sakan undang kecaman, rupanya adik peserta Big Stage 2023 ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie menangis fikir cara pikat juri, puas hati akhirnya dapat markah tinggi di suku akhir 'Big Stage' Aufa berkongsi perkata itu ketika ditemui pada sidang media pentas akhir Big Stage 2023 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad. Dalam pada itu, Aufa berkata, sebagai kakak dia sudah melakukan tanggungjawab menegur namun tidak dapat mengawal pergerakan Afrina selepas ini. Kami sudah menasihatinya... Apa berlaku di masa hadapan adalah pilihan dia (Afrina) sendiri. AUFA HANIE PENYANYI Mengakui isu tersebut memberi kesan kepada Afrina, dia berharap adiknya itu dapat menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati apabila melakukan sesuatu. "Kami sekeluarga sudah menjalankan tanggungjawab untuk menasihatinya, apa sahaja yang berlaku di masa hadapan itu adalah pilihan dia sendiri. "Kami sudah menegur apa yang perlu. Terima kasih kepada yang menegur. Tindakan Afrina menari sakan dikecam netizen. "Kami sekeluarga tidak beri dia baca segala komen netizen di media sosial kerana pada saya dia masih terlalu muda untuk menerima komen-komen yang sangat menyakitkan," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai kemenangannya ditempat kelima dalam BS2023, Aufa sejujurnya tidak menyangka dia dapat menembuskan diri sehingga ke peringkat akhir. Menerusi persembahan yang tidak konsisten setiap minggu, Aufa akur berada di tempat kelima dan berterima kasih kepada keluarga dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan. Aufa berpuas hati berada di tempat kelima. "Memenangi tempat kelima dalam BS2023 ini sudah lebih daripada mencukupi bagi saya. Setiap minggu persembahan saya agak mendatar dan saya sendiri tidak sangka akan ke peringkat akhir. "Berkat doa dan sokongan daripada keluarga serta peminat, saya akhirnya dapat juga beraksi pada malam akhir. "Bila saya down semua beri sokongan dan semangat untuk saya bangkit semula. Saya rasa itu sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan saya dalam pertandingan ini," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!