BAGI memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan Dewam Filharmonik Petronas (DFP), penyanyi Alif Satar bakal tampil membuat konsert di pentas berprestij itu bersama kumpulan The Locos. Konsert yang diberi nama Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO itu bakal berlangsung pada 23 Ogos ini bermula pukul 8.30 malam. Persembahan ini juga bakal menyaksikan kolaborasi istimewa antara Alif & The Locos bersama kumpulan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan pengarah muzik, Ahmad Muriz Che Rose. Peminat juga berpeluang bersemuka dengan Alif Satar & The Locos. Gabungan dua kumpulan muzik ini akan membawakan lagu-lagu popular nyanyian Alif dalam susunan dan interprestasi simfoni. Pastinya sesuatu yang menarik apabila sebuah band seperti Alif Satar & The Locos tampil membuat persembahan dengan iringan muzik tambahan alunan simfoni. Antara lagu-lagu yang akan dipersembahan pada malam tersebut termasuk Cukup Indah, Toxic, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku dan Akhiri Penantianku. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bersiap dalam bas sebelum AJL37... Alif Satar tak sangka menang tempat ketiga, reaksi muka terkejut buat penonton terhibur ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof tarik balik saman terhadap Jawi, MAIWP Secara tidak langsung konsert ini juga membuktikan keunggulan MPO apabila bekerjsama denga sebuah band menghasilkan persembahan berkualiti. Dalam masa sama Alif Satar & The Locos juga bakal tersenarai sebagai artis yang pernah berkolaborasi bersama MPO sama seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Ella dan Dayang Nurfaizah. Harga tiket bermula dari RM155 dan peminat juga berpeluang bertemu Alif & The Locos dalam sesI ramah mesra dengan harga tambahan. Tempahan tiket boleh dibuat secara emel kepada [email protected] Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!