NAMA pelakon dan pengacara Irma Hasmie menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian di Instagram miliknya yang seakan-akan memberi bayangan mengenai isu rumah tangga. Dalam perkongsian tersebut, Irma memuat naik pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan. "Jangan ajari seseorang isteri sabar kerana dia pernah, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah," kongsinya. Perkongsian Irma Hasmie jadi bualan netizen. Irma bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas maksud perkongsiannya itu. Malah, dalam muat naik terbaharu, Irma turut berkongsi amalan doa perlindungan diri dan meminta orang ramai turut berdoa bersama-sama. Sementara itu, tinjauan mStar mendapati pelakon dan pengacara berusia 41 tahun sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami iaitu Redza Syah Azmeer. Perkongsian penuh tanda tanya daripada Irma itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut. Ramai peminat dan rakan selebriti antaranya Lufya Omar dan Hana Ismail dilihat menulis kata-kata semangat kepada aktres berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan suami tak izin tapi bimbang keluarga terabai - Irma Hasmie ARTIKEL BERKAITAN: Irma Hasmie Sah Jadi Isteri Ahli Perniagaan Manakala Scha Al Yahya dan Diana Rafar pula meninggalkan emoji hati di perkongsian tersebut. "Saya sayang awak Irma dan saya faham awak. Bertahan di sana okay. "Sentiasa istiqamah dan kuat ya. Saya selalu sokong dan sayang awak. "Apa saja ujian lalui kerana Allah, istiqamah wahai muslimah sejati," antara komen rakan selebriti. Irma lebih banyak kongsi gambar bersama anak-anak. mStar sedang berusaha mendapatkan komen pasangan ini berhubung perkongsian berkenaan. Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!