suria

Ramai ibu minta nasihat Khairul Aming, pesan anak muda tamatkan pelajaran dahulu

Aming mahu beri inspirasi kepada lebih ramai anak muda.

BERJAYA mencipta nama menerusi platform digital, pempengaruh media sosial Khairul Aming memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk mencuba nasib menyertai mana-mana program televisyen.

Kata Aming atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, menggunakan platform media sosial adalah cara untuk dia terus menghargai peminat yang daripada awal lagi telah memberikan sokongan sehingga dia menjadi terkenal.

"Banyak tawaran yang saya terima, tapi saya terpaksa tolak. Saya bermula secara online.

aming 2

Aming akan terus membuat kandungan secara atas talian.

"Saya tak mahu lari bidang daripada mana saya mula sebab di sinilah pengikut menyokong saya. Kalau ada masa mungkin saya akan cuba masuk TV di masa akan datang.

"Namun menyanyi dan berlakon semestinya tidak. Mungkin hanya program di bulan Ramadan," katanya kepada mStar.

Aming ditemui ketika majlis Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Malayasia (MITEC), Kuala Lumpur pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi ‘Creator of the Year’ Anugerah TikTok Malaysia 2023

ARTIKEL BERKAITAN: 13 kategori Anugerah TikTok Malaysia 2023 dipertandingkan... Khairul Aming, Boss James antara calon ‘Creator of the Year’

Menjadi pilihan ramai sejak awal pencalonan, Aming menepati ramalan apabila membawa pulang trofi Creator of the Year berdasarkan undian peminat.

Terharu menerima kepercayaan daripada peminat, Aming juga berharap anugerah tersebut dapat memberi inspirasi buat anak muda agar lebih berani menceburi bidang sepertinya sebagai seorang content creator.

"Sudah lapan tahun saya bergelar content creator, akhirnya ada anugerah yang mengiktiraf kerjaya sebegini. Saya bermula dari bawah dan syukur sekarang sudah ada studio serta kilang sendiri.

Saya juga manusia biasa dan ada ketika akan buat silap juga

KHAIRUL AMING

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Ramai ibu-ibu yang minta saya nasihat apabila anak mereka mahu jadi content creator. Bagi saya penting untuk mereka tamatkan pelajaran terlebih dahulu.

"Tak salah mereka nak menceburi bidang ini lebih awal, namun saya risau mereka tidak dapat melihat realiti yang sebenar," ujarnya.

Dalam pada itu, Aming berkata anugerah ini juga satu peringatan buat dirinya supaya sentiasa menjaga setiap kandungan kerana ia boleh memberi kesan kepada pengikut di media sosial.

aming 3

Kemenangan Aming sudah dijangka kerana berjaya meraih undian tinggi sejak awal.

"Saya juga manusia biasa dan ada ketika akan buat silap juga. Namun saya tidak boleh ambil mudah kerana setiap apa yang diperkatakan dan tindakan akan menjadi ikutan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain