suria

Farid Kamil intai Diana Danielle dari luar studio, nampak tak kekok duduk bersebelahan

Farid dilihat bersama Diana dalam hantaran di Insta storynya.

SELEPAS sebulan bercerai, pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat masih terbuka untuk berada dalam acara yang sama dan bertentang mata antara satu sama lain.

Menerusi video yang dimuat naik di Instastory, Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, merakam gelagat bekas isterinya itu yang sedang berada di dalam studio ditemu bual oleh wartawan.

Farid yang ketika itu berada di luar studio dilihat teruja merakamkan momen berkenaan.

fARID

Farid dan Diana sah bercerai pada 10 Ogos lalu.

Kata Farid, dia hanya mampu melihat daripada luar sahaja kerana kurang sihat untuk ditemu bual.

Bersama muat naik video itu, Farid turut menyertakan emoji lelaki sedang bahagia dilamun cinta berserta emoji hati.

"Hanya mampu tengok di luar sahaja. Tidak mampu nak temu bual, suara tiada. Kasihan!" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle 100 peratus maafkan Farid Kamil, tiada perasaan benci selepas cerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil dapat kelonggaran tambah bilangan hari jumpa anak-anak, mahu bawa Diana sambut Aidiladha di Kedah

Sebelum itu, kedua-dua selebriti ini ada berkongsi semula video yang dimuat naik oleh seorang usahawan di Instastory.

Dalam video itu, Farid dan Diana dilihat duduk bersebelahan di meja makan.

Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain