suria

Zamani, Tomok dan Ezad Lazim antara 6 peserta Hot Seat terpilih bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza

Enam peserta Hot Seat yang terpilih berentap bersama 10 bekas juara Gegar Vaganza.

LIMA bekas peserta program Gegar Vaganza (GV) daripada musim terdahulu berjaya menempatkan diri pada pertandingan All Stars Gegar Vaganza hasil undian peminat.

Peserta pertama yang diumumkan sebagai peserta berentap bersama 10 bekas juara GV adalah Tomok yang tampil menyanyikan lagu berjudul Kata nyanyian asal Hazami.

Suki Low yang pernah bertanding pada musim kelapan pula muncul sebagai peserta kedua Hot Seat yang terpilih.

Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam gamat apabila Nikki Palikat juga dari musim kelapan muncul di pentas dengan lagu Bertakhta di Hati dan mendapat pujian daripada juri iaitu Datuk Syafinaz Selamat.

nikki suki 1

Suki Low dan Nikki Palikat turut berentap.

“Saya rasa persembahan ini cantik macam Nikki. Berbeza dengan apa yang awak buat sebelum ini. Sebutan sangat jelas,” ujarnya.

Seterusnya, tampil berentap adalah Ezad Lazim dari GV2 dengan menyanyikan lagu nyanyian asal Slam iaitu Kembali Terjalin.

Zamani Slam dari GV5 dan Liza Hanim (GV4) turut terpilih bertanding.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih arwah bapa tak dapat tengok bertanding, Siti Nordiana balik Sendayan mohon restu ibu sebelum GV10 mula

ARTIKEL BERKAITAN: 10 bekas juara berentap semula, gelanggang All Stars Gegar Vaganza bermula 24 September

Keadaan Zamani yang tampil dengan lagu Langkah Seiringan oleh Exists itu kelihatan lebih sihat selepas menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis sebelum ini.

Zamani mendapat pujian daripada Hetty Koes Endang yang menyifatkan kemahiran teknik nyanyiannya berbeza dengan penyanyi baharu.

“Saya perhatikan orang lama menyanyi berbeza dengan orang-orang muda.

gv10 2222

Aliff Aziz dan Jaclyn Victor bersaing merebut gelaran All Stars Gegar Vaganza.

“Teknik nyanyian kamu memang cara orang lama (penyanyi lama). Mudah-mudahan kamu terpilih ke mingu-minggu seterusnya,” ujarnya.

Kelima-lima mereka akan bertanding bersama 10 bekas juara yang pernah memenangi program itu daripada musim pertama hingga kesembilan.

Mereka adalah Ayai juara musim pertama, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Naqiu dan Hardy Mirza (musim keempat).

gv10 99

Nabil, Jihan dan Elly hos All Stars Gegar Vaganza.

Turut bertanding adalah Noryn Aziz (musim kelima), Datuk Aishah (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan).

Antara nama yang disebut-sebut namun tidak disenaraikan dalam kerusi hot seat adalah Farahdhiya dari GV2, Liza Hanim GV4, Amelina GV5, Shila Amzah dari GV9.

Program realiti itu pada kali ini menampilkan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat kembali sebagai juri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain