suria

Noniswara hilang tempat mengadu, macam-macam fitnah timbul selepas pemergian suami

Nonis menjaga suami sejak hari pertama di hospital.

BELUM habis meratapi kesedihan selepas pemergian suami tercinta, pelakon Datin Seri Noniswara kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan terhadap dirinya dan suami.

Salah satu fitnah yang terpaksa ditelan apabila ada pihak mendakwa Nonis atau Noniswara Baharuddin tidak pernah menjaga suaminya iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad ketika terlantar sakit di hospital.

Tampil menafikan perkara itu, Nonis menjelaskan dia sentiasa di samping suami sejak hari pertama diserang penyakit sehingga ke akhir hayatnya.

Nonis 2

Nonis nafi fitnah yang dilontarkan terhadap dirinya.

"Orang kata saya tidak ada dan tidak jaga awak semasa sakit, sedangkan saya orang yang sentiasa ada di sisi dari hari pertama hingga ke akhir hayat awak.

"Cuma balik tidur sahaja sebab unit rawatan rapi (ICU) tidak boleh tunggu. Allah saja yang maha mengetahui," katanya menerusi Instastory pada Ahad.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik video memperlihatkan dirinya menemani suami ketika berada di wad sebuah hospital.

Sementara itu, Nonis berkata dia tidak berkongsi mengenai perkara itu kerana dia tidak sempat merakam momen menjaga suami di wad.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian arwah ditangisi... Noniswara kongsi cerita orang kampung, YB, sahabat serta ustaz menangis kematian suami

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Noniswara, bapa mertua MK K-Clique meninggal dunia

"Saya disitu tiada pula orang nak ambil gambar. Video ini pun saya tidak perasan di ambil dari seorang sahabat (yang) hantar pada saya," ujarnya.

Dalam hantaran berlainan pula, aktres ini turut meluahkan rasa sedihnya apabila Sheikh tidak lagi dapat mempertahankan dirinya apabila dilemparkan fitnah dan kata-kata negatif.

"Banyak sungguh fitnah yang dilemparkan pada saya dan awak. Dulu kalau orang kacau saya, awak mesti pertahankan saya.

“Sekarang awak sudah tiada, tiada siapa yang nak pertahankan saya.

Nonis 5

Sheikh dan Nonis dilapor berkahwin pada 2015.

"Masa awak ada, tidak berbunyi dan tidak berani. Sekarang awak dah tiada, baru nak berbunyi. Allah saja yang tahu," katanya.

Pada Ahad lalu, Sheikh menghembuskan nafas terakhir akibat strok otak kira-kira pukul 10.18 malam di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur.

Jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang, Selangor dan dibawa ke Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.

Untuk rekod, Sheikh juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain