suria

Fazley Yaakob hormat keputusan adik ipar, yakin Mawar Rashid sudah fikir secara mendalam sebelum lepas tudung

Fazley dan keluarga beri ruang Mawar serta Raf cari kebahagian.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menghormati pilihan adik iparnya iaitu pelakon Mawar Rashid yang memilih melepaskan hijab.

Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 45, berkata, dia percaya keputusan Mawar itu dibuat selepas mengambil berfikir secara matang sebelum berkongsi tentangnya pada pagi Selasa.

“Sebagai abang sulung dan ketua keluarga saya harap semua pihak menghormati privasi adik ipar saya.

Mawar

Fazley bersama keluarganya termasuk Mawar dan Raf.

“Keputusan yang dibuat pasti sudah difikir secara mendalam serta timbang tara daripada semua sudut sebelum Mawar membuat perkongsian di Instagram.

“Saya doakan terbaik buat Mawar dalam menghadapi dugaan ini kerana saya pasti ramai akan membuat penilaian sendiri dan saya harap dia tabah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Jelas Fazley lagi, dia dan keluarga memahami keputusan dibuat Mawar malah berharap ia memberi kebahagian kepada ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba tapi gagal, Mawar Rashid kongsi foto tak lagi berhijab - “Saya minta maaf”

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob mahu pecah tabu masalah kesihatan lelaki, wujud kesedaran penting jaga kesihatan di usia 40-an

Tambahnya, dia juga memberi ruang kepada Mawar untuk memberi sebarang penjelasan kepada keluarga tentang tindakannya itu selepas aktres itu pulang dari luar negara.

"Pihak keluarga memang tidak dimaklumkan tetapi saya mewakili keluarga tiada masalah dengan apa-apa keputusan yang Mawar buat dan menyokong asalkan dia bahagia dan tenang dalam proses mencari kebahagian hidup,” jelasnya.

Pada awal pagi Selasa, Mawar tampil memuat naik dua foto memperlihatkan dia tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya.

Mawarrr

Mawar minta maaf kerana membuka tudung.

Dalam foto tersebut, mengenakan baju putih bersama gaya rambut diikat kemas.

Mawar menerusi kapsyen gambar tersebut hanya menyifatkan dirinya sudah mencuba tetapi gagal selain meminta maaf.

Bagaimanapun usaha mStar mendapatkan penjelasan mengenai tindakannya itu tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Untuk rekod, Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Roseanna Camilya.

Mawar turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain