PENYANYI Datuk Aishah musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang akan berlangsung pada Ahad ini. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, pemilihan penyanyi jemputan dalam kalangan rakan atau keluarga peserta membuatkan dia berasa ragu dengan sistem pemarkahan yang bakal dibuat nanti. Ini termasuk kaedah barisan juri profesional menilai persembahan penyanyi jemputan memandangkan mereka turut dinilai. Aishah hanya sekadar luahkan rasa ingin tahu. “Bila dilihat senarai artis duet ini ada menyanyikan lagu mereka sendiri dengan peserta, ada pula berduet dengan ahli keluarga. “Yang lain biasalah, dengan pasangan duet sama ada jarang jumpa, mungkin ada tak pernah bertemu. Setahu saya pasangan duet juga akan dihakimi. “Jadi bagaimana kalau nak bandingkan dengan pasangan duet yang baru atau sudah lama tak jumpa menyanyikan lagu mereka hafal dan kaji... Kalau dibandingkan dengan pasangan duet nyanyi lagu sendiri,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Rancak menari di All Stars Gegar Vaganza, seluar Aishah koyak dekat celah kelengkang sebelum naik pentas ARTIKEL BERKAITAN: “Tak suka artis, pengacara sendu tak payah tengok” - Aishah tegur netizen ‘terpaling betul’ sibuk kecam Gegar Vaganza Aishah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa. Menurut Aishah, ia seakan tidak adil apabila hubungan yang telah lama terbina memudahkan peserta dan pasangan duetnya mencapai keserasian bersama semasa di atas pentas. Bagaimanapun, Aishah memaklumkan ia sekadar ingin bertanya mengenai perkara itu kerana rasa ingin tahu. "Hubungan dan keserasian orang asing dengan keserasian ahli keluarga juga akan sangat berbeza. Aishah sentiasa bertenaga semasa lakukan persembahan di pentas ASGV. "Jadi permarkahan bagaimana yang akan diberikan kepada pasangan duet yang kena belajar lagu dan mencari keserasian dalam waktu singkat. "Berbanding dengan mereka yang empunya lagu dan yang dah kenal seumur hidup sekadar bertanya," luahnya. Minggu keempat bakal menampilkan tema Berdua Bersatu ASGV yang memperlihatkan semua peserta membuat persembahan bersama artis kegemaran mereka. Antara penyanyi jemputan yang bakal beraksi adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Liza Aziz, Misha Omar, Idayu, Marsha Milan, Ziana Zain dan Amir Masdi. Aishah bakal berduet dengan Vince Chong menerusi lagu Terlanjur Cinta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!