suria

Sabri Yunus tamat zaman duda, kini suami pelakon ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Angeline Tan

Sabri selamat melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Angeline Tan.

PENGARAH Sabri Yunus selamat bergelar suami kepada pelakon Angeline Tan dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kira-kira pukul 10.30 pagi di kediaman mufti berkenaan di Perlis.

Berita pernikahan Sabri, 62, dan Angeline turut dikongsi pelawak dan penyampai radio Issey menerusi Instagram miliknya.

sabri 2

Sabri dan Angeline sudah tiga tahun merancang untuk berkahwin.

"Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini@Angeline Tan. Alhamdulillah, kami sangat gembira.

"Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi Mai Pi Mai Tang Tu," tulisnya di Instagram.

Menurut Sabri, dia sudah lama mengenali Angeline sejak mereka sama-sama terlibat dalam sitkom popular era 90-an Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992.

ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah Dr Maza cara Angeline Tan dalami Islam, Sabri Yunus pilih nama Ardini dalam tempoh 2 minit - “Maksudnya isteri yang menyayangi”

ARTIKEL BERKAITAN: Sabri Yunus anggap komedi medium tegur dan kritik, pelawak tempatan masih tahu batasan

Hubungan mereka kembali rapat dan merancang mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu namun Sabri memberitahu dia menunggu isterinya itu bersedia memeluk Islam.

Angeline, 56, memeluk Islam pada awal Oktober lalu dengan menggunakan nama Ardini.

Untuk rekod Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya matanya.

Isterinya itu meninggal dunia akibat sakit kanser pada Ogos 2007.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain