suria

Wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair tampil mohon maaf, mengaku silap buat tuduhan tak benar

Wanita tuduh Aniq hamilkan dirinya mohon maaf.

SEORANG pengguna TikTok tampil membuat permohonan maaf kepada Aniq Suhair kerana telah menfitnah pelakon itu menghamilkan dirinya baru-baru ini.

Wanita yang enggan dikenali identiti itu menyedari tindakannya menuduh Aniq melakukan perbuatan terkutuk itu telah menjejaskan nama baik aktor berkenaan.

"Saya di sini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang saya siarkan di TikTok saya tentang Aniq Suhair.

tit

Wanita mohon maaf secara terbuka kepada Aniq.

"Bukan niat saya untuk merosakkan reputasi dan kerjayanya," katanya.

Wanita berkenaan berkongsi perkara itu di akaun TikTok miliknya pada petang Selasa.

Malah dia juga telah memadam kesemua video yang menuduh Aniq menghamilkan dirinya.

Kesal apa yang berlaku, dia mengakui tindakannya sebelum ini melampaui batas sehingga mampu menjejaskan nama baik aktor berusia 23 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan hamil dan minta wanita gugurkan kandungan berniat jahat, Aniq Suhair ambil tindakan undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair minta padam fotonya tidak menutup aurat, dalam fasa perbaiki diri... “Tak sedar kita hampir di penghujung”

Malah, dia mengakui perkongsian yang dilakukan sebelum ini adalah satu tuduhan palsu terhadap Aniq.

"Semua posting itu hanyalah tuduhan terhadap Aniq Suhair. Maaf kerana merosakkan reputasi awak.

"Tidak seharusnya saya memuat naik konten seperti itu. Sekali lagi saya minta maaf atas perkara ini," katanya lagi.

aniqqqq

Antara video yang dikongsikan wanita berkenaan di TikTok.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila pelakon tersebut enggan bertanggungjawab dan menggesa supaya kandungan itu digugurkan.

Nama Aniq menjadi perhatian apabila ada memberi bayangan pelaku adalah seorang pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Malah Aniq juga bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain