suria

Pertama kali jumpa di pusat karaoke... Amylea kongsi video malu-malu suami rakam tengah menyanyi

Amylea berkongsi detik pertama bertentang mata dengan Ash.

BERKENALAN dalam tempoh singkat, penyanyi Amylea Azizan memberitahu dia hanya sempat bertemu suaminya Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash sebanyak lima kali sebelum mereka melangsungkan pernikahan.

Berkongsi kenangan pertemuan mereka, Amylea, 37, berkata pertama kali mereka berjumpa adalah di sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur yang turut ditemani rakan-rakanya.

"Masa ini pertama kali jumpa Ash. Kawan ajak karaoke bersama. Segan nak jumpa seorang, jadi bawa bala tentera (kawan-kawan).

amylea 33

Amylea pertama kali berjumpa suami ditemai rakan-rakan.

"Ketika tengah menyanyi rasa gementar sebab Ash tiba-tiba masuk. Dia terus rakam. Rupa-rupanya lagu kesukaan dia," katanya.

Amylea menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Sabtu berserta video dan gambar pertemuan tersebut.

Pada ketika itu dia sedang menyanyi lagu berjudul Tak Ingin Sendiri (nyanyian asal Hetty Koes Endang) dan ketika itu Ash masuk secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Percintaan singkat ke jenjang pelamin, Amylea Azizan kini isteri anggota bomba Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa jadi wali nikah Bunga Citra Lestari, resort mewah dikawal ketat untuk majlis petang ini

Sementara itu, menerusi ruangan komen Amylea turut menambah suaminya itu tidak tahu dia mempunyai bakat menyanyi.

"Masa ini dia (Ash) pun baru tahu saya pandai nyanyi. Dia tidak tahu-menahu kejadian," ujarnya.

Amylea sebelum ini mendedahkan dia sah bergelar isteri kepada Ash dalam satu majlis yang dirahsikan tarikhnya.

amylea 22

Amylea dan Ash berkenalan di sosial media.

Mereka berkenalan beberapa bulan lalu melalui media sosial dan Ash mengambil keputusan untuk melamarnya menjadi isteri.

Pasangan ini bagaimanapun menjalani hubungan jarak jauh kerana Ash merupakan seorang anggota bomba yang sedang berkhidmat di Singapura.

Dalam satu video di Instastory, Ash pula berkongsi video menikmati hidangan sarapan pagi seorang diri tanpa isteri di sisi kerana tinggal berjauhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain