suria

Nadeera Zaini tercabar dengan permintaan Hetty Koes Endang, dalam proses siapkan album mini 

Nadeera sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk karier seninya tahun depan.

PENYANYI Nadeera Zaini berasa tercabar dengan juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Hetty Koes Endang yang menggesanya menerbitkan album penuh bagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri seni.

Susulan itu, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, memberitahu dia dan syarikat rakamannya sedang dalam proses menghasilkan sebuah album mini yang dijadualkan berada di pasaran tahun depan.

"Sejujurnya balik sahaja dari ASGV, saya terus bersemangat menghasilkan album kerana saya rasa seperti tercabar.

nadeera1 - 1

Duet Nadeera bersama Jac mendapat pujian juri ASGV.

"Malam ini juga saya dan pasukan berbincang tentang perkara itu dan insya-Allah saya akan melancarkan album mini tahun depan.

"Album penuh memerlukan bajet yang besar, tetapi itu bukan bererti album mini itu bukan satu kejayaan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin pipi nampak kecil sikit" - Nadeera Zaini tak 'buat muka', wajah berubah sebab berat badan turun

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan pengurus 'complicated', Nadeera Zaini lantik wakil kedua urus karier seni

Nadeera berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Podcast Syok 2023 yang diadakan di AICB Centre of Excellence (ACE), Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Sebelum ini, penampilan Nadeera sebagai penyanyi undangan bersama peserta ASGV iaitu Jaclyn Victor menarik perhatian barisan juri program berkenaan.

Saya terus bersemangat untuk menghasilkan album kerana saya rasa seperti tercabar.

NADEERA ZAINI

PENYANYI

Nadeera yang merupakan juara Big Stage musim kelima mendapat pujian Hetty yang kemudiannya memintanya segera menghasilkan album sebagai pelaburan.

Dalam perkembangan lain, Nadeera berkongsi rasa syukur apabila kehadirannya dalam industri nyanyian semakin diterima ramai.

nadeera2 - 1

Nadeera bersyukur kehadirannya semakin diterima ramai.

Tambahnya lagi, dia tidak sabar menantikan tahun 2024 kerana sudah mempunyai beberapa perancangan untuk meluaskan kerjanya sebagai seorang penyanyi.

"Alhamdulillah saya bersyukur sebab sekian lama saya mengidamkan untuk mendapat tempat dalam industri (nyanyian) ini.

"Kalau boleh saya mahu lebih dikenali lagi selepas ini. Insya-Allah banyak lagi projek pada tahun depan... Doakan yang terbaik untuk saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain