suria

Sikap bijak dan kelakar tambat hati suami, Amylea Azizan rasai nikmat bercinta selepas kahwin

Amylea membuat kejutan memaklumkan dia sudah bernikah.

PENYANYI dan komposer Amylea Azizan pernah disangka sebagai seorang lesbian kerana tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

Amylea, 37, berkata, tanggapan tersebut antara paling pahit terpaksa ditelan sepanjang bergelar anak seni namun menganggap ia sebagai asam garam sebagai selebriti.

"Mungkin ramai terkejut dengan berita perkahwinan saya... Sebelum ini ada orang cakap saya tak 'straight' sebab saya tidak pernah ada kekasih dan selalu seorang diri.

amylea1 - 1

Peminat terkejut dengan berita pernikahan Amylea.

"Jadi adalah yang membuat spekulasi sedemikian... Itu antara komen pedih pernah saya terima," katanya kepada mStar.

Amylea berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada Ahad.

Bercakap mengenai kehidupan selepas bergelar isteri, Amylea bersyukur dapat merasai nikmat bercinta selepas berkahwin memandangkan perkenalan dengan suami berlangsung dalam tempoh singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Percintaan singkat ke jenjang pelamin, Amylea Azizan kini isteri anggota bomba Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jumpa di pusat karaoke... Amylea kongsi video malu-malu suami rakam tengah menyanyi

Dia tidak berniat merahsiakan perkahwinannya dengan Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash, 40, sebaliknya hanya memenuhi permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Apabila kami berjumpa, saling mengenali dan keluarga pun merestui, kami bercinta selepas kahwin.

Alhamdulillah syukur saya dapat merasai keindahan percintaan selepas berkahwin.

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

"Kami mula bercinta selepas suami menyatakan hasrat melamar saya dan Alhamdulillah syukur saya dapat merasai keindahan percintaan selepas berkahwin," katanya.

Sementara itu, Ash memberitahu sikap humor dan kebijaksanaan Amylea membuatkan dia terpikat meskipun pada awalnya penyanyi itu kelihatan pendiam.

"Pada mulanya saya tidak tahu Amylea seorang artis... Pada awalnya dia agak pendiam dan kurang berbual tetapi apabila sudah rapat kami dapat berkomunikasi dengan baik.

amylea3 - 1

Amylea masih dalam proses mengenali Ash.

"Amylea seorang yang bijak selain berpengetahuan luas serta kelakar. Kualiti itu yang membuatkan saya jatuh hati padanya," kongsinya.

Pada 27 November lalu, Amylea mendedahkan dia sah bergelar isteri kepada Ash namun merahsiakan tarikh sebenar mereka bernikah.

Bagaimanapun ketika ini, pasangan tersebut menjalani hubungan jarak jauh kerana Ash merupakan anggota bomba di Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain