INGIN kembali dalam dunia muzik, pelakon Arja Lee memasang impian untuk merakamkan lagu ciptaan Aina Abdul. Arja atau Azharudin Ramli, 40, berkata, ini kerana Aina seorang penyanyi dan komposer yang bijak dalam menghasilkan karya termasuk mempunyai semangat juang yang tinggi. “Minta tolong sampaikan hajat ini kepada Aina Abdul. Saya mahu sangat dia buatkan lagu untuk saya. Arja sifatkan Aina Abdul sebagai penyanyi yang mempunyai semangat juang tinggi. “Pada pandangan saya Aina seorang penyanyi yang sangat bijak dan kaya dengan ilmu, meskipun dia masih baru. Saya peminat dia dan ikut perkembangannya di Instagram. “Saya melihat dia sangat kental, dia tahu dia tidak berapa ‘comel’, jadinya dia menggunakan makanisme serta komponen lain untuk tunjukkan bakat sebenarnya. “Saya jatuh hati dengan karya dan liriknya, dia penyanyi yang memiliki jiwa yang besar,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 4 tahun hijrah ke Kelantan, hati Arja Lee belum terbuka untuk kembali aktif bidang hiburan ARTIKEL BERKAITAN: Arja Lee kini pensyarah universiti, sudah tak minat dunia glamor dan lebih tenang menetap di Kelantan Arja memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur di Starling Mall pada Rabu. Dalam masa sama, Arja berkata dia bersedia membayar sekiranya Aina meletakkan caj pada karya ciptaannya. “Saya ingin menyanyikan lagu dia dan ingin buktikan keupayaan suara saya. Berapa pun caj, saya sedia untuk membayar. Tolong ciptakan lagu untuk saya. Pada pandangan saya Aina seorang penyanyi yang sangat bijak dan kaya dengan ilmu. ARJA LEE PELAKON DAN PENYANYI “Kalau genre sudah pasti saya mahu lagu balada dan lagu paling saya minat Jangan Mati Rasa Itu. Sementara itu, mengulas mengenai filem Sayu Yang Syukur, Arja berkata, ia adalah buah tangan buat peminatnya selepas sekian lama dia mendiamkan diri. “Agak lama saya berdiam diri disebabkan beberapa perkara termasuk melanjutkan pelajaran dan menjadi tenaga pengajar. Barisan pelakon Sayu Yang Syukur. “Kini saya kembali ke industri dengan filem yang saya lakonkan lapan tahun lalu. Hadiah buat peminat. Selain Arja, Sayu Yang Syukur turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Nora Danish, AR Badul, Kismah Johar, Fairie Khalil dan ramai lagi. Sayu Yang Syukur bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 28 Disember 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!