suria

Sorotan 2023: Ramai buat kejutan, perkahwinan tertutup jadi trend selebriti tempatan

Antara pasangan selebriti yang berkahwin sepanjang 2023.

TAHUN 2023 menyaksikan ramai dalam kalangan selebriti memilih untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, ramai di antara mereka cukup bijak menyembunyikan kisah cinta daripada pengetahuan umum dan tidak kurang juga yang berkahwin tanpa pengetahuan peminat.

Ada pula selebriti saya pernah mengalami kegaglaan rumah tangga sebelum ini turut kembali menemui cinta dan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Antara yang melangsungkan perkahwinan pada tahun ini termasuklah Ungku Ismail dan Nad Zainal, Janna Nick dan Dinni Schatzmann, Mizz Nina dan Essam Muhammad dan Shuib dan Watie.

Sorotan mStar 2023 menghimpunkan selebriti yang melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

ira 1

Syamsul dan Ira nikah di Thailand berwakil walikan Kazar Saisi.

1. Syamsul Yusof & Ira Kazar

Gosip mengatakan Syamsul Yusof menjalinkan hubungan dengan Ira Kazar akhirnya terjawab apabila pengarah itu mengumumkan pernikahan mereka yang berlangsung di Thailand pada 6 Januari 2023.

Apa membuatkan pernikahan itu bertukar kecoh, Syamsul ketika itu masih lagi suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana.

nad 1

Ungku segera nikah Nad selepas keluar hospital.

2. Ungku Ismail & Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal membuat kejutan apabila mengumumkan pernikahannya dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari 2023.

Pernikahan itu berlangsung selepas Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, kembali pulih selepas bertarung nyawa akibat jangkitan paru-paru.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan mereka berpisah pada September 2022.

Mereka juga dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2 tahun.

aiman 1

Aiman dan Syarah tak takut untuk nikah muda.

3. Aiman Tino & Che Syarah Haifa

Penyanyi Aiman Tino melangsungkan perkahwinan dengan Che Syarah Haifa Che Isa pada 27 April lalu.

Bibit cinta di antara mereka bermula selepas dipertemukan oleh seorang rakan pada 2019 sebagai rakan perniagaan.

janna 1

Janna dan Dini pilih bernikah secara tertutup di Pulau Langkawi.

4. Janna Nick & DIni Schatzmann

Setelah pelbagai 'drama' tercetus termasuk kononnya sudah berpisah, pelakon Janna Nick akhirnya bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup di Masjid A'ishah Sungai Menghulu, Langkawi yang hanya dihadiri rakan dan keluarga terdekat.

Lebih menarik perhatian ramai apabila Janna menerbangkan jurusolek khas daripada Thailand bernilai hampir RM10,000 untuk menata rias wajahnya.

mizz nina 1

Mizz Nina pilih lelaki berketurunan Maghribi sebagai suami.

5. Mizz Nina & Essam Muhammad

Dalam diam penyanyi dan aktivis kemanusian Mizz Nina kembali mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihannya Essam Muhammad.

Majlis pernikahan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43, diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat serta dipercayai berlangsung di luar negara.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar perkahwinan mereka, namun Mizz Nina memaklumkan mereka telah bernikah pada suku kedua tahun 2023.

Essam juga adalah seorang penyanyi rap dan penulis lirik di Amerika Syarikat.

Untuk rekod Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumukan perceraian pada 4 Ogos tahun lalu.

Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

mk 1

Pernikahan MK dengan Hajaar buat netizen wanita menangis.

6. MK K-Clique & Siti Haajar

Selepas beberapa kali menepis dakwaan mengenai perkahwinannya, penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique akhirnya sah bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, dengan sekali lafaz pada 16 Jun 2023.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dan Hajaar mula berhubung menerusi media sosial sekitar empat tahun lalu sebelum memutuskan untuk menjalinkan hubungan cinta.

shuib 1

Shuib akhirnya temui peneman baharu selepas arwah Siti Sarah.

7. Shuib Sepahtu & Watie

Dua tahun hidup menduda, pelawak Shuib akhirnya bergelar suami kepada Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, dengan sekali lafaz pada 23 Jun 2023.

Menariknya, perkawinan pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barangan kemas.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

553

Fadlan pilih isteri asal Kazakhstan sebagai isteri.

8. Fadlan Hazim & Aiya Mukhamedsalova

Cinta antara dua benua pelakon Fadlan Hazim dan wanita asal Kazakhstan berakhir dengan ikatan perkahwinan pada 16 Julai lalu.

Fadlan dan Aiya Mukhamedsalova melangsungkan pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2215720

Percintaan pasangan in isudah berlangsung selama dua dekad.

9. Michelle Yeoh & Jean Todt

Hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta, pelakon Hollywood Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari Jean Todt.

Pasangan itu berkahwin pada 27 Julai lalu dalam sebuah acara mewah di Geneva, Switzerland.

shila 1

Shila pilih Ubai yang usianya jauh lebih muda.

10. Shila Amzah & Ubai

Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli dengan sekali lafaz pada 5 Ogos 2023.

Shila, 33, mula rapat dengan Ubai, 25, pada awal Februari lalu dan mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta.

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

intan 1

Intan bergelar Datin selepas berkahwin dengan Asraf.

11. Intan Najuwa & Ahmad Asraf Azman

Hampir tujuh bulan menyembunyikan status pertunangannya, pelakon Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman dengan sekali lafaz pada 18 Ogos 2023.

Intan atau Najuwa Abdul Wahid, 26, dan Ahmad Asraf disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel mewah di Desaru, Johor yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis tersebut, Ahmad Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.

Angka dua dalam mas kahwin dan wang hantaran adalah sebagai simbolik tempoh dua tahun perkenalan pasangan berkenaan.

noh 1

Noh perkenalkan Fatin kepada umum beberapa hari sebelum majlis nikah.

12. Noh Salleh & Fatin Athira

Tidak hanya Mizz Nina, penyanyi Noh Salleh juga menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan iaitu Fatin Athira Mustapa pada pagi 23 September 2023.

Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama isteri duduk di atas pelamin selepas upacara pernikahan selesai.

Kisah Noh dan Fatin, 30, yang juga seorang peguam mula menjadi perhatian selepas foto mereka melangsngkan pertunangan pada 7 Mei lalu tersebar di media sosial.

Untuk rekod, Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

553 (1)

Percintaan Sabri dan Angeline terjalin sejak tiga tahun lalu.

13. Sabri Yunus & Angeline Tan

Pengarah dan pelakon tersohor Sabri Yunus membuat kejutan apabila melangsungkan pernikahan dengan aktres Angeline Tan pada 14 Oktober lalu.

Sabri dan Angeline sudah lama mengenali malah sama-sama terlibat dalam sitkom popular era 90-an Pi Mai Pi Mai Tang Tu menerusi watak Wan Ismail Golok dan Lucy.

Hubungan mreka kembali rapat sejak tiga tahun lalu namun Sabri memberitahu menunggu isterinya bersedia memeluk Islam sebelum berkahwin.

553 (2)

Fizi dan Zulaikha melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

14. Fizi Ali & Siti Zulaikha

DUA tahun hidup menduda, penyampai radio Fizi Ali bertemu jodoh pada 23 Oktober lalu dengan Siti Zulaikha.

Tidak mengadakan sebarang majlis besar-besaran, Fizi dan Zulaikha sebaliknya memilih menghalalkan hubungan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ameena Sofia, 4 tahun.

nabila1

Teka teki Nabila dimiliki akhirnya terjawab.

15. Nabila Razali & Nik Iruwan

Setelah beberapa bulan berteka teki, penyanyi dan pelakon Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi 18 November 2023.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Pada Ogos lalu, Nabila dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan secara rahsia di kediamannya di Selayang, Selangor.

553 (3)

Athira adalah cinta pertama Hafidz.

16. Hafidz Roshdi & Athira Yuhada

Selepas melalui pelbagai kontroversi, pelakon Hafidz Roshdi menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember 2023.

Nama Athira sebelum ini menjadi bualan hangat apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada.

Beberapa hari selepas berkahwin, Hafidz mendedahkan Athira adalah cinta pertamanya dan sudah berkenalan sejak usia mereka 15 tahun.

Syafiw

Syafie dan Afiqah berkahwin pada 23 Disember lalu.

17. Syafie Naswip & Nur Afiqah Ishak

Tiada angin tiada ribut, pelakon Syafie Naswip melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihannya iaitu Nur Afiqah Ishak pada 23 Disember 2023.

Perkenalan mereka bermula ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Cempaka Melati sekitar dua tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain