suria

Ibu Khai Bahar meninggal dunia

Ibu Khai Bahar menghembuskan nafas terakhir pada malam Selasa.

IBU kepada penyanyi Khai Bahar meninggal dunia pada malam Selasa.

Berita berkenaan disampaikan oleh pengurusnya iaitu Jai menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Jai memaklumkan ibu penyanyi berkenaan iaitu Rosnah Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir di Kangar, Perlis.

kHAI

Khai yang sedang bercuti di sebuah pulau bergegas pulang ke kampung.

Sementara itu, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, yang sedang bercuti sempat memuat naik video di Insta Story menunjukkan dia sedang menaiki sebuah bot untuk pulang ke kampung halamannya.

Menerusi video itu, Khai dilihat menangis tanpa mampu berkata apa-apa selain meninggalkan kapsyen 'mak' pada video tersebut namun dalam perkongsian berbeza memaklumkan ibunya meninggal dunia dalam tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan ibu tak menentu, Khai Bahar sudah setahun tak berlakon... Tak mahu susahkan produksi kalau ada kecemasan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu mak paling sibuk” - Sayu tengok Khai Bahar pakaikan ibu tudung, sambutan Aidiladha tak semeriah dulu

Sebelum ini, Khai pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan Allahyarham yang menderita penyakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.

Sejak setahun lalu, Khai banyak menghabiskan masa di kampung bagi menjaga ibunya jika tiada sebarang komitmen berkaitan karier seninya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain