PENYANYI Khai Bahar hilang kata-kata apabila mendapat perkhabaran ibu tercinta pergi buat selamanya pada malam Selasa. Apatah lagi tidak dapat menatap buat kali terakhir wajah ibu sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. Berkongsi detik mendapat perkhabaran duka berkenaan, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata ketika itu dia sedang bercuti di Pulau Langkawi. Khai bergegas pulang selepas mendapat berita pemergian ibu. Sejurus mendapat berita tersebut, dia segera mendapatkan bantuan untuk pulang ke kampung halamannya di Kangar, Perlis. "Saya berada di Pulau Langkawi ketika mendapat tahu ibu meninggal dunia. Dengan bantuan seorang rakan, saya berjaya mendapatkan bot untuk terus pulang. "Alhamdulillah saya tiba di rumah sekitar pukul 2 pagi (Rabu)," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan ibu tak menentu, Khai Bahar sudah setahun tak berlakon... Tak mahu susahkan produksi kalau ada kecemasan Allahyarham iaitu Rosnah Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.40 malam dalam tidur di rumah. Rosnah meninggal dunia disebabkan komplikasi pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang yang dihidapinya sejak tahun lalu. Sementara itu, Khai memberitahu dia tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana masih berada dalam keadaan terkejut dan sedih. Ibu Khai mengembuskan nafas terakhir pada malam Selasa. "Tiada apa yang saya boleh katakan sekarang. Otak saya masih kosong," ujarnya. Khai sebelum ini pernah berkongsi keadan kesihatan ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga. Penyanyi ini juga kerap berulang-alik menziarahi ibunya itu ketika sedang sakit. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar sebelum solat Zohor pada Rabu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!