suria

Komen isu gangguan seksual disalah erti, Syafeek Ikhwan tak boleh terima dipanggil bodoh

Syafeek tidak berdiam apabila ada yang menggelarkan dirinya bodoh.

PENYANYI Syafeek Ikhwan berang apabila ada menggelarkan dia sebagai bodoh susulan membuat komen di media sosial berkaitan isu gangguan seksual.

Syafeek atau Muhammad Syafeek Ikhwan Ghazali, 36, berkata, komen itu telah disalah erti dan tidak mungkin dia menyokong perbuatan terkutuk itu.

"Saya sudah pergi ke banyak sekolah asrama memberi ceramah tentang gangguan seksual, jadi tidak mungkin saya akan sokong perkara ini.

syafeek 1

Luahan Syafeek di Insta Storynya.

"Bila orang sentuh bab bodoh pada saya ia keterlaluan, saya tidak boleh terima. Anda boleh cakap saya hodoh, nyanyi tak sedap, tidak pandai bergaya atau apa-apa yang lain tapi jangan suka hati label saya bodoh," katanya.

Syafeek menulis luahan tersebut di Insta Story miliknya pada Khamis.

Menurutnya hantaran yang dibuat tentang isu gangguan seksual itu juga ada kaitan dengan dirinya sehingga dia berani bersuara.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan dapat mesej ajak buat perkara sumbang, sanggup bayar RM10,000 - “Abang punya aura lain macam”

ARTIKEL BERKAITAN: Kediaman keluarga Syafeek Ikhwan dipecah masuk, kelengkapan sekolah anak saudara pun lesap!

Bagaimanapun cara dia membalas pada isu berkenaan dianggap menyokong kepada perbuatan sedemikian yang dipercayai dilakukan oleh individu dikenali.

"Saya respon kepada twit seorang wanita yang kena gangguan seksual kerana saya kenal lelaki itu. Saya akui tidak berhati-hati sebab fikir semua orang akan faham maksud dan baca dengan nada saya bercakap.

"Itu kesalahan saya apabila anggap semua orang tahu cara saya bercakap," ujarnya.

syafeek 2

Syafeek akan lebih berhati-hati selepas ini.

Sementara itu, Syafeek juga kurang senang dipanggil bodoh kerana mementingkan pendidikan sejak kecil sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bodoh adalah perkataan sensitif kerana dia pernah melalui kehidupan sukar sebelum ini.

"Rakan-rakan sekeliling tahu bagaimana saya susah untuk berjaya dalam pelajaran sebab saya sedar ibu bapa bukan orang senang.

"Saya saksi kesusahan ibu bapa saya. Atas sebab itu saya paksa diri untuk belajar yang boleh sehingga dapat biasiswa ke luar negara. Saya mahu ubah kehidupan keluarga," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain