suria

Rupanya ada plot twist, Madammu cuma bergurau beli semua ‘seat’ tonton wayang... Bosan sampai meremang bulu roma

Kapsyen Madammu mengundang pelbagai reaksi netizen.

USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri menjadi bualan hangat netizen selepas tular perkongsian membeli semua 'seat' pawagam untuk menonton filem kerana dirinya seorang introvert.

Mengakui ia hanya gurauan semata-mata, Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, menjelaskan dia dan suami iaitu Muhammad Azri tidak membeli semua tiket, sebaliknya pawagam tersebut tiada penonton ketika tayangan filem berkenaan.

Malah, dia sendiri terkejut dan menyangka tersalah masuk ke bilik panggung kerana tiada penonton lain melainkan mereka berdua.

"Ada plot twist sebenarnya. Saya dan suami pergi menonton wayang itu selepas musim cuti sekolah. Sampai saja dalam panggung wayang, kami ingatkan salah hall.

Madammu tidak menyangka gurauannya menjadi tular di media sosial.

Madammu tidak menyangka gurauannya menjadi tular di media sosial.

"Masuk saja hall tu kosong tak ada orang. Kami nak keluar panggung dah tapi rupa-rupanya memang saya dan suami sahaja yang menonton pada ketika itu.

"Jadi saya pun saja buat kapsyen cakap kami book satu hall. Sebenarnya kami tidak book satu hall tu pun, tak pernah-pernah kami tonton wayang tapi hall kosong seperti itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Madammu memuat naik satu hantaran di TikTok memberitahu sikap introvert pada dirinya membuatkan dia terpaksa menempah satu panggung untuk menonton filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Madammu disindir 'Terpaling Pearl', hanya pendapat peribadi mutiara tak sesuai digayakan dengan denim

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Madammu tak bagi bayi mandi air paip, sanggup beli berbotol mineral... "Over kan papa dia"

"Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat," tulisnya.

Menyedari kapsyen ditulis itu mengundang pelbagai persepsi netizen, Madammu lebih selesa membiarkan mereka terus membuat andaian sendiri.

Pengasas produk Noir ini bagaimanapun berkata dia tidak terasa hati dengan apa sahaja komen yang ditulis di media sosial.

Ada plot twist sebenarnya. Sampai saja dalam panggung wayang, kami ingatkan salah hall.

ERIYCA BAIDURI

USAHAWAN

"Kapsyen yang dibuat itu saya hanya bergurau sahaja. Soal introvert itu tidak ada kena mengena dengan tengok movie.

"Tiba-tiba saya tengok kapsyen itu sudah viral di media sosial. Saya pun biarkan sahajalah.

"Apa yang netizen katakan pada saya, nak tunjuk kayalah, mengada-ngada tiba-tiba jadi introvert, semua saya maafkan saja. Tidak mengapalah.

Madammu dan suami meluangkan masa berdua menonton wayang.

Madammu dan suami meluangkan masa berdua menonton wayang.

"Tapi seronok juga lihat mereka (netizen) bergaduh dalam komen, itu sebabnya saya biarkan saja. Mereka ini kelakar sebenarnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Madammu mengakui bosan dan tidak seronok menonton wayang tanpa penonton lain.

"Sejujurnya sepanjang kami tonton filem tersebut, rasa seperti nak balik saja.

"Bosannya sampai bulu roma pun naik sebab sunyi sangat. Serius memang bosan betul," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain