suria

Sathia masih berlakon, tak gemar ‘menggemis’ tawaran dari produksi... Di usia 60 tahun lebih suka habis masa bersama keluarga

Sathia sentiasa fikir positif selama hampir 40 tahun bergelar anak seni.

KETIKA era 90-an, nama Sathia antara pelakon dan pelawak bukan berbangsa Melayu yang berjaya menambat hati peminat dengan lakonan bersahajanya.

Siapa juga boleh lupa dengan watak Ravi dipegang Sathia menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang cukup sinonim dengannya sehingga diingati penonton sehingga ke hari ini.

Hampir empat dekat bergelar anak seni, wajah Sathia atau Sathia Periasamy, 60, kini sudah cukup jarang menghiasi program atau drama di televisyen.

Sathia menjelaskan dia tidak pernah menghilangkan diri sebaliknya jarang mendapat tawaran berlakon daripada produski.

size NP 1 (21)

Sathia sentiasa fikir positif walau tiada tawaran bekerja.

Katanya, dia pula bukan sejenis yang suka meminta atau merayu bagi mendapatkan pekerjaan dan meletakkan perkara itu ditangan rezeki.

"Kalau orang panggil saya pergi, tiada panggilan saya tak pergi. Saya tak manu meminta-minta dengan pihak produksi, apa kita dapat syukur... Selebihnya jangan meminta atau merayu.

"40 tahun dalam industri, prinsip itu saya pegang selain jangan pernah lambat ke set penggambaran dan menjaga disiplin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet cerita fasa terendah dalam hidup, terduduk rumah kena lelong - “Nak minta tolong saya malu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan terjejas selepas PKP, Achey berhasrat buka kedai runcit - “Saya dengan orang rumah dah lama simpan impian... bolehlah janji ada bisnes”

"Sudah 60 tahun saya hidup, ada wang ke tiada, saya tetap gembira bersama keluarga," katanya kepada mStar.

Mengimbau kenangan bergelar pelakon, Sathia memberitahu dia mula terlibat dalam bidang seni sekitar tahun 1985.

Imbaunya, ketika itu dia menerima bayaran sebanyak RM500 bagi projek berkenaan dan nilai tersebut dianggap besar pada zaman tersebut.

Selalu satu atau dua bulan memang ada tawaran bekerja tapi bila waktu covid dahulu, selama tiga tahun tidak ada kerja.

SATHIA

PELAWAK

"Dulu saya terima RM500 pada awal kemunculan sebagai pelakon, selepas itu naik sikit tapi apabila sudah tua bayaran diberikan semakin menurun.

"Tapi sekarang masih okay dalam RM2,000 dan belum pernah mendapat bayaran terlalu rendah.

"Pada saya, jika kita baik dengan orang, nanti orang pasti buat baik kepada kita pula," ujarnya.

Sementara itu, Sathia mendedahkan selama tiga tahun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tidak menerima tawaran bekerja yang besar melainkan upah kecil-kecilan.

size NP 1 (19)

Sathia bersama pelakon-pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Bagaimanapun pelawak itu bersyukur anak-anak membantu untuk meringankan beban ketika dia tidak dapat bekerja.

"Selalu satu atau dua bulan memang ada tawaran bekerja tapi bila waktu covid dahulu, selama tiga tahun tidak ada kerja.

"Susah betul waktu tu, ada income tapi kecil-kecilan sahaja lagipunn dalam malaysia boleh hidup, sikit-sikit itu okaylah dapat RM2,000 hingga RM3,000 cukuplah.

"Anak-anak juga bekerja jadi mereka membantu serba sedikit. Saya tak perlu banyak wang, sikit sahaja dah bersyukur. Mujur juga bank bagi morotarium jadi saya ikut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain