suria

Bukan sebab barang terlarang, Alya Iman berdepan gangguan tidur sejak kecil... Kongsi cerita bomba datang rumah

Alya tak kesah dengan tuduhan netizen tentang dirinya.

GARA-GARA berkongsi cerita terlewat ke set penggambaran kerana tidak terjaga daripada tidur, pelakon Alya Iman dituduh mengambil barang terlarang oleh segelintir netizen.

Menjawab mengenai perkara itu, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 23, mendedahkan dirinya mengalami gangguan tidur sejak zaman kanak-kanak lagi.

Meskipun jarang berlaku, namun Alya berkata perkara itu sudah beberapa kali terjadi dan ia membimbangkan orang sekelilingnya.

alya 13

Alya tidak anggap gangguan tidur sesuatu yang serius.

"Saya sebenarnya ada sleeping disorder (gangguan tidur). Benda itu tidaklah jadi selalu cuma ada masa itu ia terjadi.

"Ada kecaman cakap saya menyusahkan pihak produksi dengan bangun lambat tapi benda itu tidak sengaja.

"Saya pun tahu macam-macam spekulasi keluar apabila video temu bual itu mula tular. Tapi saya tidak ambil benda-benda terlarang," katanya kepada mStar.

Alya berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Telenovela ke-9 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecaman lakukan aksi panas baik untuk karier, bukti lakonan Alya Iman berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Imej manis bertudung sudah tiada, Alya Iman post gambar raya tak lagi berhijab

Cerita Alya lagi, gara-gara sukar bangun tidur itu, kenalannya pernah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mendapatkan bantuan.

Kata Alya, gangguan tersebut dialami sejak dari kecil malah pernah berjalan semasa tidur.

"Sebelum kes bomba ada beberapa kes lain terjadi... macam pintu rumah saya kena pecah sebab orang ketuk saya tak buka.

"Masa kecil- kecil saya tidur sambil berjalan, masa itu baba (ayah) tengah tengok bola dalam waktu tengah malam.

Pengurus saya ada kunci rumah saya dan saya pun tinggal bersama kawan baik.

ALYA IMAN

PELAKON

"Saya boleh bangun dan tengok bola bersama dia. Ini baba yang cerita semula," kongsinya.

Menurut Alya, dia tidak pasti punca sebenar gangguan tersebut berlaku namun baginya ia bukan sesuatu yang serius.

Bagi mengelakkan kejadian itu berlaku lagi, Alya berkata pengurusnya turut memiliki kunci rumah dan dia juga mengajak rakan baik tinggal bersama.

Dia juga bersyukur apabila tim produksi sebelum ini juga memahami keadaan itu.

alya 1

Alya minta orang sekeliling ambil langkah berjaga-jaga.

"Pengurus saya ada kunci rumah saya dan saya pun tinggal bersama kawan baik jadi dia akan kejutkan saya kalau apa-apa jadi.

"Pihak produksi faham sebab saya masih lagi berkerja dengan dia lagi sekarang ini. Dia orang sudah buat persediaan awal kalau benda seperti ini jadi lagi," luahnya.

Sebelum ini, menerusi sebuah temu bual Alya televisyen, Alya mendedahkan dirinya lewat lima jam ke set penggambaran kerana terlajak tidur.

Katanya, pihak bomba juga turut datang ke rumahnya kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain