PELAKON dan usahawan Rozita Che Wan berjaya mendapatkan semula akaun Instagram miliknya yang sebelum ini digantung susulan melanggar garis panduan pada September tahun lalu. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta bersyukur apabila usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendapatkan semula akaun dengan 5.1 juta pengikut itu berhasil. Usaha Che Ta ke pejabat SKMM akhirnya tidak sia-sia. "Alhamdulillah syukur sudah dapat IG saya semula. Terima kasih SKMM dan Fina yang bertungkus lumus membantu saya. “Tak sia-sia naik turun pejabat SKMM. Terima kasih sangat," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta sedih IG kena gantung langgar ‘community guidelines’, buntu fikir cara dapat kembali akaun ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tak akan keluar rumah tanpa solekan, ambil kad laporan anak pun pakai 'contact lens' Rozita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Sebelum ini, Che Ta menerima emel daripada Instagram untuk membuat rayuan susulan pelanggaran garis panduan komuniti padq 15 September tahun lalu. Kata Che Ta, dia diberi tempoh sehingga 13 Mac ini untuk mengemukakan rayuan sebelum akaun tersebut dihapuskan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!