TINGGAL sehari sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah mempunyai tiga calon lagu pilihan bergelar juara. Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meramalkan AJL38 bakal didominasi oleh lagu nyanyian Aisha Retno iaitu Sutera, Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) dan Ernie Zakri (Astana). "Penjurian ini berbeza-beza tapi mengikut penilaian saya secara peribadi merasakan Aisha, Aina dan lagu nyanyian Ernie ada potensi (bergelar juara). "Namun saya rasa Masdo juga bakal membuat kejutan menerusi lagu yang dipertaruhkan," katanya kepada mStar. Siti pernah bergelar juri profesional AJL. Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan anjuran Yayasan Nurjiwa yang diadakan di Bamboo Hills Kuala Lumpur pada Sabtu. Siti bagaimanapun memberitahu dia lebih senang untuk menonton persembahan peserta terlebih dahulu sebelum memilih calon juara. Kata Siti, pihak juri sebenarnya sudah mempunyai pilihan juara dan hanya menambah markah penjurian menerusi persembahan secara langsung. ARTIKEL BERKAITAN: “Suka gosip tau”... Siti Nurhaliza ‘post’ gambar dengan Datuk K, minta jangan fikir bukan-bukan ARTIKEL BERKAITAN: Sampai Datuk K pun dapat panggilan tanya tiket, Siti Nurhaliza sedang usaha tambah ‘seat’ konsert "Sebenarnya saya kena menonton dulu persembahan pada pentas AJL38 nanti. Tapi biasanya juri sudah memilih terlebih dahulu memandangkan saya pernah menjadi juri. "Cuma sewaktu acara siaran langsung juri akan membuat penilaian berdasarkan persembahan juga," ujarnya. Sebanyak 12 lagu yang layak ke pentas AJL38 termasuk Sutera (Aisha Retno), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu). Turut bertanding adalah lagu Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali). AJL38 bakal berlangsung pada malam Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!