LAGU Hasrat muncul sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung pada malam Ahad. Kemenangan itu melayakkan penyanyi dan pencipta lagu tersebut iaitu Amir Jahari membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Dalam linangan air mata, Amir dalam ucapan kemenangannya tidak menyangka Hasrat bergelar juara namun mendedikasikan trofi tersebut kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno dapat tempat kedua dan pemenang kategori Persembahan Terbaik. "Terima kasih kepada isteri, ibu bapa, juri dan semua yang terlibat. "Ini untuk anda dan terima kasih sangat," katanya. Sementara itu, lagu nyanyian Aisha Retno pula menepati ramalan apabila muncul sebagai naib juara menerusi taruhan lagu berjudul Sutera dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. ARTIKEL BERKAITAN: Sarat mengandung bukan alasan, persembahan pembukaan AJL38 Shila Amzah macam bertanding! ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan netizen tepat... Alif Satar hos bersama Sherry Alhadad AJL38 Tidak hanya itu, Aisha turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi. Peserta kegemaran AJL38 Aina Abdul pula terpaksa berpuas hati ditempat ketiga menerusi lagu ciptaannya iaitu Jangan Mati Rasa Itu. Aina juga kembali mempertahankan kemenangan menerusi kategori Vokal Terbaik buat kali ketiga. Aina pertahan kemenangan Vokal Terbaik. Tidak cukup dengan itu, Aina diumumkan sebagai pemenang kategori Pilihan Alha Alfa. Bagi tiga kategori itu, Aina membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM54,000 berserta trofi. AJL38 bertemakan Muzikaverse dan dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad. Ernie antara memberi saingan sengit. Antara artis yang turut melakukan persembahan adalah Shila Amzah, Venessa Reunauld, Dayang Nurfaizah, Datuk Zainal Abidin dan Ella. Edisi kali ini, pengarah muzik tersohor Datuk Mokhzani dilantik sebagai ketua juri. AJL38 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil selain disiarkan secara langsung menerusi TV3. Berikut adalah senarai pemenang AJL38: 1. Juara - Amir Jahari (Hasrat) menerima RM100,000 dan trofi. 2. Naib Juara - Aisha Retno (Sutera) menerima RM50,000 dan trofi. 3. Tempat ketiga - Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) menerima RM30,000 dan trofi. 4. Vokal Terbaik - Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) menerima RM12,000 dan trofi. 5. Persembahan Terbaik - Aisha Retno (Sutera) menerima RM12,000 dan trofi. 6. Penyanyi Pilihan Alha Alfa - Aina Abdul menerima RM12,000 dan trofi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!