suria

Melinda Looi sanggup tak sambut Tahun Baru Cina demi Aina Abdul, cerita proses hasilkan busana ‘Tree of Life ’

Melinda teruja berkerjasama dengan Aina lagi sekali.

SEPERTI tahun sebelum ini, busana digayakan Aina Abdul pada malam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) bertemakan Tree of Life turut mendapat perhatian orang ramai.

Diilhamkan daripada musim luruh, Aina sekali mendapat sentuhan pereka fesyen kegemarannya iaitu Melinda Looi.

Melinda berkata, dia menyahut cabaran daripada Aina menghasilkan busana berkenaan meskipun sibuk dengan pelbagai tugas lain termasuk meraikan Tahun Baru Cina.

mel 2

Melinda teruja berkerjasama dengan Aina.

Katanya, dia tidak berfikir dua kali apabila menerima panggilan daripada pihak Aina meminta dia menghasilkan pakaian untuknya meskipun hanya mempunyai masa sebulan.

"Sebulan yang lepas Abu beritahu saya tentang AJL untuk Aina. Dia tanya sama ada saya mahu melakukannya.

"Sudah tentu! Tanpa berfikir dua kali mengenainya. Tapi saya agak bimbang tentang masa kerana ketika itu Tahun Baru Cina.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan keluar bau harum, rupanya Aina Abdul sembur minyak wangi... 80 petugas bantu persiapan AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari juara AJL38, Aina Abdul pertahan trofi Vokal Terbaik

"Abu kata Aina nak akar pokok! Saya suka cabaran seperti ini. Saya segera berfikir tentang bagaimana saya boleh menjadikan dia akar pokok, tetapi masih kelihatan glamour dan sangat Aina!," katanya.

Melinda berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada petang Isnin.

Kata Melinda, dia bersama 12 perkerja lain sanggup menggadaikan cuti perayaan Tahun Baru Cina demi merialisasikan permintaan Aina tampil berbeza pada malam berprestij itu.

Malah dia mencampurkan beberapa bahan demi mendapatkan bentuk ranting yang sebenar.

melinda 4

Baju Aina dijahit dengan penuh teliti.

"Kami tidak mengambil cuti rehat dan segera mula melakukan sulaman akar dengan campuran seperti manik kaca Jepun, benang lurex, lateks, logam dan tali.

"Seramai 12 orang menghasilkan karya seni ini dan menghabiskan masa selama tiga minggu atau lebih daripada 350 jam untuk menyiapkannya.

"Tapaknya dibuat menggunakan jalur jersi yang dipotong dan dicelup mengikut warna bumi untuk menghasilkan tekstur.

aina 11

Busana Aina memukau para penonton.

"Kemudian kami menghiasinya dengan jalur bersulam, batu Swarovski, manik kaca, lateks, daun taffeta, dan dahan," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan keunikan baju yang dihasilkan Melinda.

"Rekaan Melinda sentiasa mengagumkan. Mesti ramai dah agak dari siapa rekaan baju itu.

"Good job Melinda! Cantik sangat," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain