suria

Tak salah peminat melaram sakan tonton konsert, Awal Ashaari anggap cara tunjuk sokongan

Awal anggap fesyen ekstravaganza sekalipun keutamaan paling penting adalah keselesaan.

PENGACARA dan pelakon Awal Ashaari kagum melihat kesungguhan peminat menggayakan pelbagai fesyen ketika hadir ke mana konsert artis kegemaran mereka.

Malah Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata, dia juga seronok melihat peminat fanatik Aina Abdul yang akan tampil dengan pelbagai gaya bagi menunjukkan sokongan.

Awal memberitahu perkara itu yang mungkin masih baru di Malaysia sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di luar negara apabila peminat menghadiri sesebuah konsert.

size NP 1 (45)

Awal ketika ditemui selepas pelancaran koleksi raya Amber X Anna Jobling.

"Saya suka tengok apabila peminat pun pasangan badan untuk pergi ke konsert.

"Ia sudah jadi satu kebiasaan di luar negara seperti Festival Coachella atau konsert Taylor Swift... Semua orang nak jadi Taylor walaupun cuaca panas!

"Cara itu mereka tunjuk sokongan terhadap artis kegemaran, sama seperti di Malaysia... Kalau tengok peminat-peminat Aina Abdul datang dengan pakaian bermacam rupa," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Awal Ashaari buka kafe tercapai, aroma kopi imbau kenangan bercinta dengan Scha Al Yahya

ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari ‘old fashioned’ bab pendidikan anak-anak, tak setuju pandangan selebriti sekolah buang masa

Awal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran koleksi raya Amber X Anna Jobling yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Awal berpendapat kesungguhan sesetengah kelompok peminat sebenarnya bergantung kepada artis itu sendiri selain kesungguhan pengikut menunjukkan tanda sokongan.

Mengambil Aina sebagai contoh, Awal berkata, penyanyi berkenaan mempunyai citarasa dan tafsiran fesyen tersendiri sehingga ia menjadi ikutan dalam kalangan peminat.

size NP 1 (44)

Awal suka melihat peminat berfesyen di konsert artis kegemaran mereka.

"Kalau tengok konsert Liza Hanim sebagai contoh, tiada pula peminat tampil fesyen ekstravaganza, ia cuma berlaku pada sesetengah artis macam Aina sebab dia memang dikenali dengan citarasa fesyen berbeza.

"Ia seperti sudah jadi satu gerakan dan bagi saya bagus untuk sokong artis itu. Artis pun akan rasa dihargai, itu pendapat saya," ujarnya.

Tambah Awal, meskipun ada segelintir melihat perkara itu sebagai pelik namun pada akhirnya ia berbalik kepada keselesaan ketika menghadiri konsert.

"Kalau konsert diadakan dalam stadium tertutup atau dewan yang berhawa dingin mengapa tidak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain