suria

Alyah tak tolak muncul bersama Tok Ram di TV, tapi jangan perlekeh statusnya sebagai penyanyi - “Saya pun ada value sendiri”

Tidak pernah mana-mana program televisyen menampilkan Alyah dan Ramli bersama.

TIDAK pernah tampil berdua dalam mana-mana program televisyen bersama suami, penyanyi Datin Alyah terbuka jika ada tawaran ke arah tersebut.

Bagaimanapun kata Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, tawaran tersebut perlu dibuat kerana statusnya sebagai seorang selebriti dan bukan sekadar penampilan isteri kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS.

"Tiada masalah tampil bersama suami dalam mana-mana program televisyen sekiranya tawaran itu datang dengan betul.

alyah 2

Alyah terbuka terima tawaran tampil dalam program televisyen.

"Sebelum ini ada jemput tapi hanya sebagai isteri Tok Ram (Ramli), sedangkan saya juga seorang selebriti. Saya pun ada value sendiri.

"Sepatutnya tawaran itu datang atas nama saya sebagai Alyah," katanya kepada mStar.

Alyah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Twomee baru-baru ini.

ARTIKE BERKAITAN: Hasrat Tok Ram sambut hari jadi Alyah terbantut, tiba-tiba diserang vertigo di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati dengan Ramli MS, Alyah pula jadi sasaran peminat fanatik ASGV - “Tolong jangan babitkan saya”

Lebih 10 tahun melayari kehidupan rumah tangga, Alyah mengakui mereka juga melalui fasa turun naik seperti mana kebanyakan pasangan berkahwin lain.

Apa paling penting kata Alyah, dia sebagai isteri menjalankan tanggungjawab dengan baik dan selebihnya menyerahkan kepada ketentuan Allah.

"Jika ada masalah berlaku di masa akan datang, ia tetap akan tejadi. Saya tidak boleh nak jangka semua itu. Sebagai isteri saya laksanakan tugas sebaik mungkin.

Sepatutnya tawaran itu datang atas nama saya sebagai Alyah.

DATIN ALYAH

PENYANYI

"Saya juga tidak pernah nak periksa telefon atau mesej suami. Kalau ada masalah, pasti Allah akan tunjukkan.

"Hanya satu amalan saya buat, setiap kali saya atau suami keluar rumah, saya 'bekalkan' surah al-Fatihah dan ayat Kursi dan berharap semuanya baik-baik," ujarnya.

Untuk rekod, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 2013 di Indonesia.

alyah 3

Alyah bersama pengasa produk Twomee, Datuk Suraya (tengah).

Bercakap tentang penglibatan bersama produk Twomee, Alyah sebagai duta berharap dapat membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan sampingan.

"Kita lihat banyak produk di luar sana, namun kali ini saya percaya dengan kualiti. Penglibatan ini memberi peluang untuk saya belajar dengan lebih mendalam tentang penghasilan produk.

"Saya harap menerusi produk ini ia membuka peluang kepada lebih ramai usahawan kecil untuk tambah pendapatan menerusi jualan sebagai ejen atau stokis," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain