suria

Kemunculan semula Mila Jirin penuh makna, Nonny Nadirah muncul dalam muzik video Sandera

Mila bawa Nonny lepaskan rindu berlakon.

LAMA menghilangkan diri, pelakon Nonny Nadirah akhirnya buat kemunculan istimewa menerusi muzik video penyanyi yang juga rakan baiknya iaitu Mila Jirin.

Mila atau Norsyarmilla Jirin, 37, berkata, dia secara peribadi gembira apabila Nonny sudi menjayakan proses rakaman muzik video lagu terbaharunya Sandera.

"Saya sangatlah gembira bila kawan baik saya iaitu Nonny Nadirah sudi untuk muncul sebagai cameo dalam muzik video saya.

"Ramai yang sedia maklumkan saya dan Nonny sudah lama tidak keluar di mana-mana platform.

Screenshot 2024-03-07 122151

Nonny muncul sebagai cameo dalam muzik video Sandera.

"Bila saya tanya dia pun setuju, membuatkan saya rasa bersyukur sangat," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Mila berkata, Nonny sendiri yang menawarkan diri untuk membuat kemunculan dalam muzik video tersebut.

Besar harapannya agar kerjasama mereka itu membuka lebih banyak ruang dan peluang buat Nonny kembali ke dalam bidang lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah kembali bertudung, penantian 3 tahun Mila Jirin berakhir - “Jangan hilang lagi dari radar persahabatan”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami beri lampu hijau, Mila Jirin bakal rakam lagu ciptaan Amylea

"Mulanya saya kongsi lagu Sandera padanya dan Nonny hubungi saya tanya bila lagu berkenaan nak dilancarkan.

"Kemudian kami ada bersembang dan ajak dia untuk buat muzik video bersama. Mana tahu dapat membantu dia untuk muncul semulakan," katanya.

Berkongsi mengenai keadaan Nonny, Mila memberitahu bakat rakannya masih mantap seperti dahulu.

Dia ada beritahu sedikit gemuruh sebab sudah lama tak berlakon.

MILA JIRIN

PENYANYI

Katanya walaupun Nonny terlihat gemuruh namun dia berjaya melakukan babak menyedihka dengan baik.

"Lepas saya tengok dia punya lakonan saya ada berseloroh untuk dia teruskan berlakon sebab sayang ada bakat kan.

"Dia ketawa-ketawa dan minta saya doakan dia. Dia ada beritahu juga dia sedikit gemuruh sebab lama tak berlakon tapi dia lakukan sangat baik," kongsinya.

Screenshot 2024-03-07 124809

Mila anggap kemunculan kembali adalah berbaloi.

Sementara itu, Mila menganggap kemunculan semulanya selepas lapan tahun tanpa lagu baharu sebagai berbaloi.

Kata Mila, pelbagai tawaran diterima selepas meluahkan hasrat kembali menyanyi sehingga terhasilnya lagu Sandera.

"Saya anggap percaturan Allah itu Maha Hebat... Apabila saya cakap nak buat comeback, tiba-tiba Amylea tawarkan lagu malah akan dijadikan OST drama.

"Syukur sangat dan sudah tentu saya gembira sebab penantian lapan tahun itu sangat berbaloi," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain