suria

Anggap netizen bergurau, Alif Satar tak melatah namanya disebut dengan isu kontroversi

Alif mahu dikelilingi dengan perkara positif dalam hidupnya.

PENYANYI dan pelakon Alif Satar sudah tidak terganggu dengan gurauan netizen apabila namanya sering menjadi sebutan apabila tercetus kontroversi berkaitan Aliff Aziz.

Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 34, berkata dia seakan sudah biasa dengan gurauan netizen malah enggan memperbesarkan perkara itu.

"Dulu mungkin saya rasa terganggu sedikit tapi sekarang saya anggap mereka nak berseloroh. Saya pun tidak mahu melayan perkara itu," katanya kepada mStar.

alifff1

Alif mahu sibukkan dengan perkara yang positif.

Alif berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Buka Puasa bersama Alif Satar dan Mr DIY Plus di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Alif juga menjelaskan panggilan video yang dilakukan bersama penyanyi rap, Caprice ketika isu berkenaan sedang hangat adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Katanya ia merupakan perkara biasa yang dilakukan Caprice kepadanya namun tidak menahu panggilan tersebut dirakam dan dimuat naik.

"Masa itu memang tak sengaja, masa caprice hubungi saya... saya tak tahu pun dia nak rakam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah ustaz buat Alif Satar tersentap, Gerakan Subuh Macam Jumaat mahu perbetul diri sendiri... Syukur makin ramai ke masjid

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak sembah Tuhan pun perlukan influencer?” - Ramai bengang pengguna ‘X’ cemburu inisiatif geng Subuh Alif Satar

"Sebab dia memang jenis telefon macam itu kadang-kadang. Saya tak sangka sebab masa itu saya dalam perjalanan nak keluar. Bahaya juga dia buat macam itu," ujarnya.

Sementara itu, Alif enggan mengulas panjang mengenai kontroversi berkaitan Aliff Aziz dan juga Ruhainies namun mendoakan yang terbaik buat mereka.

Menurutnya setiap orang pasti tidak lari dari melakukan kesilapan malah untuk menyenaraikan hitam atas kontroversi yang melanda itu adalah hak masing-masing.

Alif satarr

Alif percaya setiap orang tidak lari dari melakukan kesilapan.

"Saya tak nak komen benda itu sebab ia bukan kali pertama berlaku cuma apa yang boleh saya katakan saya doakan yang terbaik buat mereka yang banyak dugaan.

"Apa boleh saya katakan kita bukan seorang sempurna kadang kita buat kesilapan... setiap orang pasti nak lakukan terbaik tapi kalau mereka rasa nak blacklist itu keputusan masing-masing.

"Saya cuma boleh kawal diri saya sendiri dan saya rasa lebih ramai yang pandai dan bijak menilai," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain