suria

Amir Ahnaf cuti sepanjang Ramadan, guna masa terluang baca buku... Tak sabar balik Terengganu jumpa keluarga

Amir pilih untuk berehat daripada bekerja di bulan Ramadan.

KERJA keras selama empat bulan di set penggambaran drama dan filem membuatkan pelakon Amir Ahnaf mengambil cuti selama sebulan di bulan Ramadan.

Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, berkata, dia layak mendapat rehat berkenaan selain hanya terikat dengan kerja membabitkan tugas sebagai duta baju Melayu sahaja.

"Bulan Ramadan ini saya cuti sepenuhnya. Saya hanya fokus sebagai duta Elrah. Saya layak dapat cuti sebulan sebab saya juga manusia biasa yang perlukan rehat.

size NP 1 (98)

Amir bersama duta-duta Elrah Exclusive yang lain.

"Lebih-lebih lagi selepas empat bulan saya bekerja, jadi saya layak untuk berehat sepanjang Ramadan," katanya kepada mStar.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem pendek Elrah Exclusive di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, Amir memberitahu selain fokus kepada ibadah dia juga mengambil peluang ini untuk membaca buku.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adegan lucah sentuh sensitiviti masyarakat, Amir Ahnaf minta maaf janji tak buat lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiran ‘muka awam’ tak berbekas di hati Amir Ahnaf, kelebihan zahir realiti dalam karakter

"Saya sebenarnya sudah lama tak baca buku. Dulu saya suka baca buku, jadi ada masa terluang ini saya nak membaca.

"Macam-macam saya baca seperti cerita jenayah, fantasi sebab nak tambah pengalaman dan visual sebagai seorang pelakon," jelasnya.

Sementara itu, pelakon drama Projek High Council itu berkata dia akan pulang ke kampung halaman selepas melunaskan tugas sebagai duta pakaian baju Melayu.

size NP 1 (99)

Amir hanya fokus menjadi duta baju Melayu Elrah sahaja di bulan Ramadan.

Amir memberitahu dia sangat merindui keluarganya dan kejayaan dikecapi adalah hasil berkat doa ibu dan bapanya.

"Selepas selesai semua kerja saya akan pulang ke Terengganu jumpa ibu bapa dan keluarga.

"Saya rindu mak saya sebab kejayaan saya sekarang pun hasil doa ibu bapa saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain