suria

Zizan Razak lebih suka sambut raya di KL, ada sebab sudah 4 tahun tak balik Terengganu

Zizan sambut raya secara sederhana di Kuala Lumpur.

KEHILANGAN nenek tercinta empat tahun lalu meninggalkan kesan besar kepada pelakon Zizan Razak terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 40, berkata, dia dan keluarga tidak lagi pulang ke Terengganu meraikan hari raya sejak neneknya meninggal dunia pada Oktober 2020 akibat kanser.

"Selepas nenek meninggal dunia ia memberi kesan besar kepada saya dan keluarga.

zizan razak 3

Zizan rapat dengan arwah nenek sejak kecil.

"Masuk ke rumah arwah sebelum ini pun rasa berbeza walaupun ahli keluarga tak meluahkan tapi saya tahu pemergian nenek masih memberi kesan.

"Kami meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur sahaja. Mungkin jika ada masa terluang mungkin selepas itu baru pulang ke Terengganu berjumpa saudara mara," katanya kepada mStar.

Berkongsi kenangan bersama arwah, Zizan memberitahu sate air tangan neneknya tidak mungkin dapat dilupakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Zizan Razak meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hubungan dengan model hanya kawan, gosip cinta ganggu kerjaya Zizan Razak

Malah pelakon ini juga memberitahu hubungan dia dan neneknya memang rapat sejak kecil.

"Saya lahir di atas katil dalam bilik nenek. Tak tahulah bagaimana keadaan ketika itu sehingga ibu saya boleh bersalin di sana.

Disebabkan nenek sudah tiada juga saya dan keluarga hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja

ZIZAN RAZAK

PELAKON

"Memang sejak kecil saya akan pulang ke rumah nenek di Dungun hampir setiap minggu.

"Cuma apabila sudah bergelar artis memang jarang berjumpa. Itu juga membuatkan saya sedikit kesal, jadi hargailah masa walau sesaat.

"Banyak kenangan kami bersama. Salah satu yang saya tidak boleh lupa adalah sate buatannya. Sehingga hari ini tak jumpa lagi sate sesedap itu," ujarnya.

zizan razak 1

Zizan lebih gemar duduk di rumah sepanjang cuti beraya.

Tambah Zizan di juga kini sudah terbiasa menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur dan lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga.

"Waktu cuti raya inilah saya nak rehat dan luangkan masa bersama keluarga. Jadi tiada perancangan untuk ke tempat lain. Saya hanya duduk di rumah sahaja.

"Sudah beberapa tahun saya memang beraya di KL sahaja. Jadi sudah biasa dengan suasana raya di sini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain