PENYANYI Shila Amzah berdepan detik cemas apabila kereta miliknya hampir berlanggar dengan sebuah lori dengan muatan kontena di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke selatan pada pagi Jumaat. Menceritakan kejadian tersebut, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, pemandu lori tersebut memotong untuk masuk ke lorong kanan tanpa memberikan isyarat menukar laluan. Shila (kiri) kecewa dengan sikap segelintir pemandu lori. Shila yang sedang sarat hamil lapan bulan turut meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu lori berkenaan yang jelas boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. "Lori ini sangat hampir langgar kereta saya di lebuhraya Plus menghala ke arah selatan. ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dan Ubai sambut raya secara sederhana, fokus kelahiran anak pada bila-bila masa ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shila Amzah belum sedia jumpa ibu dan adik-beradik, suami nasihat jaga emosi ketika hamil "Dia (pemandu lori) bawa laju sangat. Saya berada di lorong kanan, dia boleh potong terus kereta saya tanpa signal dan sangat bahaya," katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya pada Jumaat. Tidak berdiam diri dengan tindakan biadab pemandu lori berkenana, Shila memaklumkan sudah membuat laporan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau sebelum ini dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi tindakan lanjut. "Saya baru lepas telefon SPAD tadi untuk buat aduan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!